Monday, December 14, 2015

From Mathematics to Tailoring

Menceburi bidang kemahiran dengan zero knowledge, memang agak mencabar. Namun keinginan utk menjadi seorang yang mahir dalam bidang ini begitu membuak2. Sebagai seorang pemegang ijazah Sarjana Pendidikan Matematik, berubah haluan bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai perkara harus dipertimbangkan. Akhirnya, disinilah aku memulakan langkah sebagai seorang tukang jahit. 

Pelbagai perancangan telah dilakukan, doaku semoga segalanya dipermudahkan. Mungkin perjalananku untuk tiba di puncak mengambil masa bertahun2, disini akan ku coretkan liku2 yang bakal kulalui sebagai satu kenangan untuk mendaki ke puncak itu. Jika ada yang sudi menjadi reader blog ini, jutaan terima kasih diucapkan. :)

Semangat Blogging Sudah Kembali

Lamanya menyepikan diri. Dah berhabuk bersawang agaknya blog ini. Jiwa meronta2 nak berblogging semula. Semoga istiqamah hendaknya. Aamiin

Thursday, May 14, 2015

Meniti Cinta di Starimost

Pepagi nie tertengok pulak telefilem "Meniti Cinta di Starimost" lakonan Iqram Dinzly, Zarina Zainoordin dan Yana Samsudin. Bukan nak highlight kan plot ceritanya, cuma tertarik dengan jambatan Starimost tue. Tengok Bosnia dalam TV macam best pula. Nie kena masuk dalam senarai tempat untuk dilawat (entah bila) hihi. Inshaa Allah.

Cantikkan. Damai sungguh :)

Wednesday, April 29, 2015

Melabur untuk Masa Depan

Jom melabur. Kena disiplinkan diri untuk melabur.

1. Tabung haji
2. SSP BSN
3. Unitrust
4. Simpan di ASB
5. Takaful

Mulai hari ini kena spent 1k setiap bulan untuk pelaburan. Disiplin la wahai diri, inshaa Allah

Tuesday, April 28, 2015

Harga Postage

Hmm.. Susah juga nak tengok harga postage untuk penghantaran nie. Untuk poslaju uols boleh tengok disini . tekan poslaju yer pastue masukkan nilai berat dalam kg. Kat sini disertakan senarai yg poslaju yg saya buat 


Untuk prepaid pula dibawah nie senarainya :




Harga postpaid dikekalkan cuma harga prepaid ja yg kena gst :)




Sunday, April 26, 2015

Tabahlah Wahai Diri

Correct.. Kita memang tak boleh nak ubah cara orang melayan kita. Bila orang layan kita dengan baik, bersyukurlah. Jika sebaliknya bersabarlah. Ingatlah wahai diri, kesabaranmu akan dibayar di SANA nanti, inshaa Allah. 

Biarlah apa pun orang tuduh kita walaupun mereka tak dengar penjelasan kita, walaupun kita takda niat buat apa yang mereka tuduh tue. Bermacam tuduhan yang dilemparkan, tak perlu pertahankan diri kerana ianya sia2. Jangan bimbang kerana Allah tahu hakikat sebenar.

Senyumlah walau ianya pahit. 

Muhasabah diri :
- biar apa orang nak tuduh yang penting Allah tahu
- tak usah mengeluh sebab Allah tahu kesusahan kita
- tak perlu luahkan kesedihan kita kerana orang tak faham. Luahkan pada Allah
- memang didunia ini tiada orang yang memahami, tapi Allah memahami
- tak perlu nak buat orang lain rasa macamana kita sakit sebab Allah sebaik-baik Penghakiman.
- bertabahlah walau apa pun yang orang buat kat kita, sesungguhnya Allah bersama2 kita.
- tak perlu nak cakap apa2 sebab tak akan ada orang yang akan faham dan dengar. Silence is the best option

Semoga aku istiqamah. Kuatkan hatiku ya Allah

Bila Rasa Diri Hebat

Bila orang memandang mulia pada kita, 
memandang mulia ilmu agama yang kita ada, 
memandang mulia pekerjaan kita, 
jangan lupa pandangan Allah pada kita.