Monday, December 14, 2015

From Mathematics to Tailoring

Menceburi bidang kemahiran dengan zero knowledge, memang agak mencabar. Namun keinginan utk menjadi seorang yang mahir dalam bidang ini begitu membuak2. Sebagai seorang pemegang ijazah Sarjana Pendidikan Matematik, berubah haluan bukan sesuatu yang mudah. Pelbagai perkara harus dipertimbangkan. Akhirnya, disinilah aku memulakan langkah sebagai seorang tukang jahit. 

Pelbagai perancangan telah dilakukan, doaku semoga segalanya dipermudahkan. Mungkin perjalananku untuk tiba di puncak mengambil masa bertahun2, disini akan ku coretkan liku2 yang bakal kulalui sebagai satu kenangan untuk mendaki ke puncak itu. Jika ada yang sudi menjadi reader blog ini, jutaan terima kasih diucapkan. :)

Semangat Blogging Sudah Kembali

Lamanya menyepikan diri. Dah berhabuk bersawang agaknya blog ini. Jiwa meronta2 nak berblogging semula. Semoga istiqamah hendaknya. Aamiin

Thursday, May 14, 2015

Meniti Cinta di Starimost

Pepagi nie tertengok pulak telefilem "Meniti Cinta di Starimost" lakonan Iqram Dinzly, Zarina Zainoordin dan Yana Samsudin. Bukan nak highlight kan plot ceritanya, cuma tertarik dengan jambatan Starimost tue. Tengok Bosnia dalam TV macam best pula. Nie kena masuk dalam senarai tempat untuk dilawat (entah bila) hihi. Inshaa Allah.

Cantikkan. Damai sungguh :)

Wednesday, April 29, 2015

Melabur untuk Masa Depan

Jom melabur. Kena disiplinkan diri untuk melabur.

1. Tabung haji
2. SSP BSN
3. Unitrust
4. Simpan di ASB
5. Takaful

Mulai hari ini kena spent 1k setiap bulan untuk pelaburan. Disiplin la wahai diri, inshaa Allah

Tuesday, April 28, 2015

Harga Postage

Hmm.. Susah juga nak tengok harga postage untuk penghantaran nie. Untuk poslaju uols boleh tengok disini . tekan poslaju yer pastue masukkan nilai berat dalam kg. Kat sini disertakan senarai yg poslaju yg saya buat 


Untuk prepaid pula dibawah nie senarainya :




Harga postpaid dikekalkan cuma harga prepaid ja yg kena gst :)




Sunday, April 26, 2015

Tabahlah Wahai Diri

Correct.. Kita memang tak boleh nak ubah cara orang melayan kita. Bila orang layan kita dengan baik, bersyukurlah. Jika sebaliknya bersabarlah. Ingatlah wahai diri, kesabaranmu akan dibayar di SANA nanti, inshaa Allah. 

Biarlah apa pun orang tuduh kita walaupun mereka tak dengar penjelasan kita, walaupun kita takda niat buat apa yang mereka tuduh tue. Bermacam tuduhan yang dilemparkan, tak perlu pertahankan diri kerana ianya sia2. Jangan bimbang kerana Allah tahu hakikat sebenar.

Senyumlah walau ianya pahit. 

Muhasabah diri :
- biar apa orang nak tuduh yang penting Allah tahu
- tak usah mengeluh sebab Allah tahu kesusahan kita
- tak perlu luahkan kesedihan kita kerana orang tak faham. Luahkan pada Allah
- memang didunia ini tiada orang yang memahami, tapi Allah memahami
- tak perlu nak buat orang lain rasa macamana kita sakit sebab Allah sebaik-baik Penghakiman.
- bertabahlah walau apa pun yang orang buat kat kita, sesungguhnya Allah bersama2 kita.
- tak perlu nak cakap apa2 sebab tak akan ada orang yang akan faham dan dengar. Silence is the best option

Semoga aku istiqamah. Kuatkan hatiku ya Allah

Bila Rasa Diri Hebat

Bila orang memandang mulia pada kita, 
memandang mulia ilmu agama yang kita ada, 
memandang mulia pekerjaan kita, 
jangan lupa pandangan Allah pada kita.

Friday, April 24, 2015

Nasihat Syed Mokhtar Al Bukhary

Telah kukuburkan impianku utk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kumulai langkahku untuk menjadi seorang usahawan wanita. Ini pilihanku, aku tak akan berpatah balik walau ribut taufan melanda.. (eceh jiwang pula). So, terjumpa nasihat ini, maka aku tulis dalam blog nie sebagai peringatan untukku pada hari muka. 



# 49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary. Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain. (ya.. aku juga tiada pilihan. move on babe, u can do it!)

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. (one fine day Inshaa Allah)
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.(hard reminder)

15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang. (rajin - kena ada jadual sendiri)
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab. (elakkan berhutang)
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan. (minta pada Allah bersesuaian dengan kemampuan kita)
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ......kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu. (selalu beristighfar)
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.(hindarkan kami dari sifat dengki dan tamak ya Allah)
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.(kena banyak belajar)
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.(sentiasa muhasabah diri dan jaga iman)
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur. (sentiasa bersyukur)
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam

Saturday, April 18, 2015

10 Pulau Tercantik di Dunia



Senarai 10 Pulau Tercantik Di Dunia
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhqeoTR0R8XXizfTOMgciQ1W4gFYi4d5bKXSov4XN3BN9ffBUIFMFb81W5ZJJUARLY9JQabn_yc2rlYjLugmb_JaSp4fChHapAfDV4Hg-54njfFpwdEeTGotXhDOdIFuLgMk1FU9YmLstk/s320/ambergris-caye-island-2.jpg

Berikut merupakan senarai 10
 pulau tercantik di dunia untuk tahun 2013 melalui kaji selidik yang telah dijalankan..


Di tempat pertama, pulau paling cantik di dunia dimiliki oleh Pulau Ambergris Caye yang terletak di utara negara Belize..Pulau ini menjadi sangat popular dikalangan penyelam-penyelam skuba di serata dunia kerana keindahan pantai dan terumbu karang yang sangat menawan hati..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgoKh4rwpg4yyu6Gs2zKI_hbcqTZX_WPh70Cr4A-iUxSy99tJEa6GULQ8E8NLkNRsYr7s1lvVNLySOzcUkuT5FO7sasTOhPYpn_JvfAnTBdfTWRoPPqCHW2O7QkSg9weE21r1yU8fhINSI/s400/ambergris-caye-island-10.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVYXTUKOxdHI-y26SE-zrgBv4FL8aO4BhbyxNl8Lm7wkB8v5D06pxlRt0SYxjeETgji99x37Vvk5XAgC4B09xEqi1m20ScegTf3aYQHv22_RURPcgQPnE8-VZHd-cQYoTAjzC0utKp0iw/s320/ambergris-caye-island-1.jpg
Embergris Caye Island


Mengungguli carta kedua sebagai pulau tercantik di dunia pula milik St. John, Virgin Island yang terletak di Laut Carribean..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj5WpDFyhmBQZMRhzb5KiS3ZHVrf1dDRsDo5vpyPNu5TjNlVMH7ugUjoOFakdl4rwgtzvEkbbYec-7WUHWRMsHwBQPZNgNr8Ivi5e8LgCIhJvdJJ6ibnwrj1rguGp9aTDRCF2YjPsxAaOk/s400/st-john-virgin-island-1.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhKVBYw2dzRU3Xan77iqDKaA3whGfOThcaHj0GEJtyGOOLDSzjSlSoUHqz3w3mFW0FcKQtRxJ00p9AiRHG1vnJFGacEhyphenhyphenXitXqz0rF6STFdEZOuzMkesXqvSXgF_Jue5G67Qi1wLpvs3z4/s320/st-john-virgin-island-2.jpg
St.John Island


Di tempat ketiga pula milik Pulau Bora-Bora yang terletak di Lautan Pasifik, Kepulauan Polinesia Perancis dimana pulau yang sangat cantik ini dikelilingi oleh terumbu karang..
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_wbRqaZoD-K-_KQ8aV8byJIjK6nqtagvPvCo2L-1fa6-9mLoacNNTFU2QV6sQgHZiyVo0eFvJl03f9lSiig9L3t3HpS2mP6C9RZB2qAtqAhyphenhyphennXHwO2xPd40RQu25SAr2aLKp3yha6XSc/s320/bora_bora-island-tahiti-10.jpg

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi2qL-yr9Fy0-8G_7iaKbFdY_V-Kq6yVy0cMZiWo-fvdalslxN6H5OiNC58oaeK7RNEBfzrJfrd139Ewm0BtRqLoLR1OpQQBWEasLlZtB4O2al6bT3RlfBYQCFlbbl6Dpmh34oj71WwliM/s400/bora_bora-island-tahiti-2.jpg
Bora-Bora Island


St.Juan Island @ Pulau st. Juan yang terletak di Washington, antara tanah besar Amerika dan jugaVancouver Island, British Columbia, Kanada pula menduduki tempat keempat sebagai pulau yang tercantik di dunia mengikut kajian yang dijalankan

~AkU kEmBaLi~

Last posting aku dalam blog nie adalah pada 2010. Sekarang aku telah selamat menjadi suri kepada suami tercinta Mohd Fahmi Shukur Bin Ramli. Seorang suami yang perfect untuk diriku. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah. Sepanjang 5 tahun perkahwinan pelbagai kenangan suka duka dilalui.

Hari ini aku terasa ingin memulakan kembali dunia blogging. Walaupun sekarang ramai dah beralih arah kepada media sosial yang lain seperi Facebook, Instagram dan sebagainya, aku rasa dunia blogging nie media sosial yang terbaik. Semoga blog ini akan kekal untuk tatapan anak cucuku inshaa Allah. Aamiin. 

So, dalam blog ini aku akan buat label baru dan tak usik label lama lagi. Ya lah, kehidupan baru kan, label lama tue akan tersimpan menjadi kenangan terindah. So, aku akan backdated sikit2 event2 besar yang dah ketinggalan disamping event2 semasa. Andainya ada follower, terima kasih kerana sudi mengikuti kisah hidupku yang tak seberapa ini. Jangan jemu memberi sokongan padaku. Terima kasih :)