Telah kukuburkan impianku utk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kumulai langkahku untuk menjadi seorang usahawan wanita. Ini pilihanku, aku tak akan berpatah balik walau ribut taufan melanda.. (eceh jiwang pula). So, terjumpa nasihat ini, maka aku tulis dalam blog nie sebagai peringatan untukku pada hari muka.
# 49 Nasihat Syed Mokhtar Al-Bukhary. Khas Buat Para Usahawan & Bakal Usahawan.
1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan
2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena
berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita
tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi
orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini
hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan
manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya
percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha
dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu
buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan
yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu
menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju
dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi
dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita
boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain. (ya.. aku juga tiada pilihan. move on babe, u can do it!)
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New
York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak
bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam
berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok
mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita
tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik.
Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin
kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain. (one fine day Inshaa Allah)
13.
Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai
persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita
tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah
tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14.
Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum
pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah
banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh
itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.(hard reminder)
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat
apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia- ia.
Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana
tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan
kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya
bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini
kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya
begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda
daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena
kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri
melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya
belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya
mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang
Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat
keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang. (rajin - kena ada jadual sendiri)
19.
Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan
perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya
memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan
untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan
kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan
kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya
lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan
perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan
diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya
semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan
orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed
Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam
ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung
orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini
(wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya
ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu
banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya
tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia
mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh
selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang
lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan
tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda
duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi
mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara
boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir
bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak
orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab. (elakkan berhutang)
26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah,
lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu
saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau
hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan. (minta pada Allah bersesuaian dengan kemampuan kita)
27.
Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila
pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan
dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun
sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang
sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti
orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa
kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran
yang perlukan bantuan.
30. ......kalau tidak mungkin saya sudah
ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan.
Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada
kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu. (selalu beristighfar)
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain
pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang,
esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.(hindarkan kami dari sifat dengki dan tamak ya Allah)
33.
Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit
masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.(kena banyak belajar)
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat
kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya
satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab
ibadah adalah tugas seharian.(sentiasa muhasabah diri dan jaga iman)
35. Lifestyle ? Saya tidak ada
lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya
tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada
cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle
ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang
saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun
cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa
Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun.
Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam
semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab
kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang
Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait
dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus
asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam
cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada
siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha.
Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama
mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu
mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif
kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan
bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai
kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal
jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini.
Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya
buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu
beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak
ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur. (sentiasa bersyukur)
46. Kalau
kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka
menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak.
Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya
fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka
kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai
(kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya.
Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang
lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang
membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang
lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja;
kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
Tambahan Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi
Islam jangan lah kita tergulong atau bertanggung jawab menyumbang pada
pembunohan kegiatan amal orang Melayu dan Islam
No comments:
Post a Comment