Ya Allah.... Sungguh berat ujianMU ini sehingga aku dah tak berdaya. Aku telah berusaha utk membaiki hubungan ini, tapi hampa. Hari2ku ditemani kesedihan dan air mata. Aku pasrah, mungkin ini adalah tarbiyah dariMU. Kifarah dosa2 yg telah aku lakukan.
Kehidupanku yg dipenuhi dgn tekanan mengajar aku lebih dewasa. Bebanan kerja, study dan keluarga sudah cukup menyesakkan hati dan minda. Ditambah lagi dgn bebanan perhubungan yg cukup menyedihkan, aku terasa seperti dihempap batu besar. Tiada lagi gelak tawa mengiringi hari2ku. Seperti yg berlaku pada malam ini, aku akan menyusuri selat tebrau utk menenangkan hati. Kerana kutahu, jika aku berada dirumah, aku akan melayari alam maya ini dan kemungkinan aku akan kecewa pasti ada. Sampai bila aku harus melakukan aktiviti ini?
Pergilah duka, berhentilah air mata. Kedatangan kalian tidak diundang. Hanya KAU tempat kumengadu. Pergilah cinta, terbanglah sepuas hatimu.. bila kau keletihan dan memerlukan aku, kembalilah kerana aku akan sentiasa menantimu. Jika kau menjumpai cinta yg lebih membahagiakan, pergilah kerana aku tak layak menghalang. Sukarnya memahami hati seorg lelaki, tutuplah pintu hatimu kerana kau yg memegang kuncinya.
Monday, October 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment