Harini merupakan hari yg sgt sedih bagi aku... Ayah lang dah pulang ke rahmatullah pada usia 75 tahun... kami sekeluarga, means keluarga sebelah ibu seperti kehilangan sayap kanan. Dialah tempat kami sumer bergantung...
Kenapa aku sgt sayang kepada makcik dan pakcik aku? Yer... aku telah menganggap mereka seperti ibu dan ayahku sendiri.Kadangkala mereka memanjakan melebihi ibu dan ayahku. Aku rela berkorban apa sahaja demi mereka. Aku sanggup bersusah payah kerana mereka.
Aku pernah menjaga mak peah ku selama 3 bulan semasa diserang stroke. Dirumah pusaka yg keluargaku duduki sekarang, aku membantu menjaga nenekku yg stroke selama beberapa tahun. Sumenyer aku lakukan atas dasar kasih sayang yg tak berbelah bagi.
Kembali kepada cerita asal... aku sgt syang pada ayah lang ku. ayah lang sering mencium dahiku dan membaca doa2 di atas ubun2ku bila aku mahu kembali ke asrama atau pada hari2 raya. Ayahku pun tidak melakukan sedemikian. Apa2 yg berlaku dalam keluarga atau hendak membuat keputusan, org yg emak akan minta pendapat adalah ayah lang dan ayah hak. Aku tau kasih sayang emak kepada kedua2 abgnya ini tak berbelah bagi.
Sewaktu aku melawat ayah lang di hospital, dia akan mencengkam tanganku dgn kuat. Aduh, aku sgt rindu pada ayah lang.. Di hari pertama idulfitri, ayah lang memanggilku disaksikan oleh ayahku. Ayah lang cakap, "Bila org tue nak dtg dari kedah, takut nanti ayah lang takder". Aduh, sebaknya hatiku. Ayah lang telah pergi sebelum sempat mereka dtg.
Tapi aku berasa puas kerana telah menemukan ayah lang dgn 'dia'. Bila ayah lang kata ok, aku bertambah yakin dgn pilihan hatiku. Aku tak akan berubah hati, kerana itulah satu2nya pilihan, pertama dan terakhir yg aku sempat temukan dgn ayah lang. Syukur alhamdulillah kerana mereka sempat bertemu.
p/s : teringat lagi ayah lang dtg ke tanjung piai berjumpa dgn family si 'dia' walaupun pada masa itu, dia kelihatan uzur. Dia menaiki motor kerana tidak larat utk berjalan jauh utk masuk ke chalet.
Wednesday, October 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment