Dah lama aku tak menulis di ruangan ini. keinginan utk menulis itu sgt menebal dalam diri. cumanyer, masa begitu mencumburui aku. Di saat ini, aku mengalami sakit kepala dan keletihan yg amat sgt. kelelahan menghadapi audit begitu memberi kesan.
Hubungan aku dgn si dia pun bertambah tak tentu hala. Sampai bilakah kami akan menghadapi keadaan sebegini. ketika dia mendiamkan diri (kerana salahku) aku bersungguh2 memujuknya. ketika dia dah ok, aku plak keletihan sehingga aku asik tertido. Yelah, keletihan yg amat sgt, tercegat di ofis pas subuh, balik malam sungguh meletihkan. ketika sumer keadaan dah ok (audit dah habis), si dia plak menyepikan diri.
Apa yg berlaku sumer adalah kesalahan aku. aku selalu terfikir, kasihannya si dia kerana terpaksa menghadapi sumer kerenahku. mungkin bnyk benda yg dia kena survive utk ku. Aku minta maaf kerana tak mampu menjadi yg terbaik utknya. aku tak mampu menjadi seorg pendengar yg setia, aku tak mampu menjadi tempat utknya berkongsi rasa dan kasih.
Buatlah apa sahaja supaya kau berasa puas. Hukumlah aku semahumu andai itu dapat menghapus dosaku padamu. Aku dah tak berdaya utk memuaskan hatimu. Maaf kerana aku tak dpt membahagiakanmu. dalam keadaan aku yg huru hara nie, carilah seseorg yg bleh mengubat hatimu.
andai ada rasa sygmu utkku, aku sgt berterima kasih tapi andai rsa syg itu berkurang akibat pelbagai peristiwa yg mematikan hati berlaku, aku redha kerana itulah yg sepatutnya. maafkan diri ini yg selalu melukakan.
Friday, November 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment