Tetiba teringatkan sahabat baikku semenjak sekolah menengah, matriks seterusnya tetap menjadi sahabat baikku semasa di menara gading. kami bagaikan kembar. dimana ada aku disitu ada dia. Segalanya kami kongsi bersama, hak aku hak dia begitulah sebaliknya. aku sgt sayangkan dia.
Beberapa minggu selepas raya, dia menelefonku memberitahuku ttg pertunangannya yg akan berlangsung pada 17 oktober. dia baru sahaja berkawan dgn lelaki itu dlam masa 3 bulan. rakan sekerjanya. Lelaki itu datang beraya ke rumah sahabatku, memandu berseorangan dari perak. pertama kali berjumpa dgn bapa sahabatku, bapa sahabatku mengarahkan lelaki tersebut utk dtg melangsungkan pertunangan dalam bulan oktober.
Maka, terkejut beruklah kedua2 mereka. so, dlm masa seminggu dua tue... mereka pun bersiaplah utk majlis pertunangan. tahniah kepada mereka berdua. mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan disember nie. sahabat baikku meminta aku utk menjadi pengurusnya sewaktu majlis perkahwinannya.
hmmm... tahniah kepada sahabtku. sesungguhnya, wanita sebaikmu layak utk mendapat lelaki sebaiknya. semoga sumenyer berjalan lancar. bila kita memudahkan sesuatu perkara, insyaALLAH, DIA akan memudahkan segalanya. kita akan rasa terbeban jika kita memberatkan sesuatu perkara. sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui.
Saturday, November 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment