Tuesday, October 27, 2009

~MaRaH~

Apa itu kemarahan?? Aku sgt takut akan kemarahan.. Sedari kecil, ayah yg kuanggap seorg yg perfectionist selalu meninggikan suara diatas kesalahan yg kecil2 spti tertumpah air, tertinggal barang, tak pandai baca peta, lambat etc. Sehingga satu saat, aku tak ingin pergi berjalan dgn ayah yg sememangnya suka melancong (dalam Negara). Kerana seperti yg dijangka ayah akan marah2.


Sewaktu melawatku di asrama, ayah pernah mengajarku add math. Aku menangis2 ketika belajar dgn ayah kerana suaranya yg tinggi sehingga kawan2ku memandang ke arah kami. Begitu juga ketika aku mengaji alQuran dgn ayah. Kegarangannya menakutkanku. Aku juga pernah ditinggalkan di Plaza Angsana kerana lambat. Aku terpaksa berjalan dan menaiki bas seterusnya menaiki teksi utk pulang ke kampung. Perjalanan ke kampong pada waktu itu sejauh 80km. Seringkali aku enggan pulang kerumah kerana takutkan ayah.


Sehingga kini, sehingga aku dewasa, aku masih dimarahi kerana perkara2 kecil. Syukur alhamdulillah kerana sifat marahnya sudah berkurangan. Kami adik beradik sgt taat kpd ibu bapa. Pada pandangan mataku, kami anak2 yg baik, mengikut arahan dan tak pernah membantah. Bukan sekadar terhadap org tua kami, malah pada org2 tua lainnya. Ibuku sgt sabar dgn kerenah ayah.


Baru2 ini, ibu ckp ‘ayah tue asik nak marah2 jer. Kalau ayah marah, mak leh lah jawab2 juga (mak jawab dalam keadaan hormat. Aku tak pernah dgr emak meninggikan suara). Tapi kalau anak2, summer diam.’ Yer, kami mmg diam, terkadang kesalahan itu amat kecil dan tidak munasabah. Terkadang kami tak bersalah tapi kami still akan mendiamkan diri. Setelah bertahun2 hidup bersama, emak melepaskan keluhan itu. Mungkin kerana aku sudah dewasa dimatanya utk berkongsi kisah peribadi.


Setelah menjejakkan kaki ke menara gading, aku begitu fobia akan sebuah kemarahan. Aku masih ingat moto hidupku pada waktu itu, Tak suka akan kemarahan, dimarahi dan memarahi. Kefobiaanku terbawa2 sehingga aku sgt takut akan dentuman guruh dan kilat. Sepertinya ayah bertempik ke arahku. Mulai dari saat itu, aku tak mengizinkan diri aku utk marah kerana aku tahu apa rasanya dimarahi.


Kesekian kalinya, aku terasa begitu marah terhadap seseorg yg aku rasa tak wajar utk aku marah. Tetapi itulah hakikatnya bila emosi mengawal nafsu. Mungkin kerana dipengaruhi oleh perasaan sgt sayang, mungkin kerana dasar ingin dimanjakan dan biberi perhatian dan pelbagai kemungkinan lain yg aku sendiri tak pasti.


Setelah beberapa bulan berada di arena kemarahan ini, akhirnya aku kembali berpijak dibumi nyata, kemarahan tak mendatangkan apa2 manfaat. Akan terlihat kelemahanku kerana berada dalam zon ini. Selebihnya ia tak mendatangkan apa2 manfaat dan tidak akan mengubah apa2 melainkan akan menambah kebencian pasangan kita. Mungkin aku terpaksa kembali kepada aku yg asal, tak terkesan dgn apa2 yg berlaku disekeliling. Tapi mungkin tak semudah yg dijangkakan kerana aku pernah menyayangi sepenuh hati.


Syukur alhamdulillah kerana sifat marah ayah semakin berkurang. Segala sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kerana kemarahan ayah, kami adik beradik menjadi insan yg sedikit berjaya. Aku mengharapkan jika ada jodohku utk berbaitulmuslim. baitulmuslim itu tak dipenuhi dgn api kemarahan kerana aku mahu keluar dari kepompong itu. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

No comments:

Post a Comment