18.12.2009 merupakan tahun baru maalhijrah 1431. Pada 2 Muharram 1431, aku telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatiku yg sgt aku sayangi. Sempena tahun baru, aku membuka lebaran baru dalam hidupku. Ya ALLAH, berkatilah hubungan ini. Semoga kami berdua sentiasa berada dalam limpah dan rahmatMU. Semoga kita akan sentiasa menjaga kesucian perhubungan ini dari dicemari oleh anasir2 negatif.
Dalam melalui liku2 kehidupan, aku telah merasa lelah yg amat sgt. Aku lelah utk memenuhi kehendak org2 disekeliling. InsyaALLAH aku akan bertahan setakat yg aku mampu. Kehadirannya disisi memberi semangat padaku utk menempuhi kehidupan. Aku akan berusaha supaya tidak menjadi "deep thinker" dimana akhirnya akan menyakitkan kepalaku. "Deep thinker" dari ertikata berfikir mengenai org lain. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan.
Hari ini merupakan tahun baru masihi 2010 dan yg paling istimewanya hari ini berlakunya gerhana bulan. SubhanALLAH. Aku terjaga dari tidur pada jam 5 pagi. Aku menunaikan solat gerhana dan terus membasuh baju dan melipat kain2 yg telah kering. Terdengar tarhim subuh dari masjid berdekatan yang menggetarkan jiwaku, ALLAHUAKBAR. Terasa ketenangan pagi dengan udara yg begitu nyaman semasa aku sedang membasuh baju di balkoni.
Sedang asyik menaip, aku terpandangkan cincin yg tersarung dijari manisku. Terharu aku melihatnya. Aku kini sudah berpunya walaupun tidak sepenuhnya (baru tunanglah). Seperti tidak percaya dengan apa yg telah berlaku. Terasa diri ini seperti dihargai. Terima kasih TUHAN atas nikmat ini. Kau telah menganugerahkan insan yg begitu sempurna pada pandangan mataku. InsyaALLAH, selagi hayat dikandung badan aku akan menyintainya sepenuh hatiku. Dan dengan izinMU, aku ingin sekali menyintainya pada kehidupan selepas kehidupan didunia fana ini. Amin.
Oklah, setakat ini dlu catatan pada hari ini. Berkatilah segala usaha kami ya ALLAH.
Friday, January 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment