Monday, January 11, 2010

~HuJuNg MiNgGu Yg MeMbAhAgIaKaN~

Selesai sahaja meeting di UniKL City Campus pada 08.01.10 yg lalu, aku bergegas ke R & R Sg Perak utk ke Kedah. Dalam perjalanan, kami singgah di R & R Sungai Buloh utk membeli sate kajang. Takder apa yg aku belikan utk keluarga tunangku. Aku sgt ralat, bukannyer aku tak nak beli, tapi aku duk fikir2 apa nak beli. Aku membuat keputusan membeli brang2 dapur bersama tunangku seperti yg aku belikan utk family faseh, cadangnya aku mahu membeli di Ipoh. Tetapi, oleh kerana aku telah menjumpai sate kajang, aku membatalkan niat utk membeli barang dapur, ditambah lagi dgn pembatalan rancangan utk berjumpa di Ipoh.

Aku tiba di R & R Sg Perak pada jam 715. Aku makan2 bersama dua org kakak yg kutumpang dan terus bersolat di sana. Aku menanti tunangku di surau R & R. Aku berkesempatan utk melayari internet dan terlena sebentar. Tunangku smpai di R & R pada jam 920 malam, dan kami pun bertolak dari R & R dalam jam 945 dan smpai pada jam 1215. Tunangku terus menghantar ku ke hotel. Aku menelefon bakal bapa mertuaku yg sudah 2 kali menelefonku pada malam itu. Aku hanya mahu memberitahunya aku sudah smpai. tapi tak sangka plak dia suh bakal kakak iparku utk meneman aku tidur.

Tunangku memberitahuku bhawa bakal ibu mertuaku juga akan dtg membawa makanan utkku. Aduh, terharu sungguh aku. Malam itu aku berborak ngan bakal kakak iparku sehingga jam 5 pagi. Aku pun tak tau camner aku leh tahan ngantuk pada waktu itu.

Keesokan harinyer, tunangku telah mengambil kami berdua dalam jam 10. Kami bersarapan dirumahnya. Kemudian, kakak merancang utk pergi ke Penang utk menghantar pulut kuning utk 'kawan'nya. MIL pun memberitahu FIL aku. Tetiba kakak memberitahu bahawa 'kawan'nya akan balik ke Kedah dan tidak jadi ke Penang. Disebabkan FIL aku nak join sama kami ke Penang, kami pun meneruskan rancangan ke Penang. Sementara menunggu mereka siap, tunangku membawaku utk menempah tiket bas ke JB. Dia mencadangkan aku utk mengambil tiket bas petang, so aku ikut jerlah. Lagipun rasa sekejap sgt kat Kedah.

Selesai menempah tiket bas, kami pun memulakan perjalanan ke Penang. Perjalanan pergi, kami memasuki Penang dgn menaiki feri. Besnyer.. Oleh kerana henset ku meragam di hari kejadian, aku tak bisa menangkap apa2 gmbr. Kami pun pergi makan, sedap sungguh dan terus pergi ke Bukit Bendera. Ramainyer org. Tapi aku sgt berpuas hati ke Bukit Bendera tue sebab pemandangan nyer sangat cantik. Kat atas tue bnyk gmbr yg ditangkan oleh bakal adik iparku. Kami turun dari Bukit Bendera lebih kurang jam 8.00 malam. Aku mengucapkan terima kasih kepada FIL kerana membawa aku berjalan2.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di sebuah restoren. Abg n kakak telah menanti kami. Makanan pun telah tersedia. Wah, sedapnyer... Aku makan dgn penuh berselera. Aku meratah2 lauk2 yg ada tanpa rasa kenyang... huhuhu... Apa yg membuat aku terharu apabila FIL aku menyendukkan lauk utkku... Kat Kedah nie, aku mkn tanpa rasa malu kuikuikui... Aku makan dgn begitu banyak. Mungkin nak period kot sbb tue nak makan banyak. Selesai makan, dah pukul 10 lebih. FIL aku ckp, suruh singgah rumah... Hmmm aku ikut jer lah.


Sampai kat umah, lepak2 kat bilik kakak n yana. MIL pun ada. Aku sgt malu pabila diorg usik2 aku ngan ebear belomaih tue. Diorg ckp 'nanti za kena jaga tau ebear nie'. Ish, malu giler bila MIL pun ketawa. Kemudian FIL pun masuk blik borak2. Dia suruh adik iparku menemanku di hotel. Sian bakal adik iparku. Aku ckp ngan dia tak payah lah. Kemudian dia ckp ngan FIL dia terpaksa memasak utk esok pagi. Aku pun pulang ke hotel dan berehat.

Hari terakhir aku di Kedah, aku bersarapan di rumah tunangku. Aku teringin utk membasuh pinggan dan memasak tetapi MIL tak bagi. Aku rasa pasnie aku nak pkai jeans ngan tshirt jerlah senang aku nak menolong. Malu sgt bla dtg utk makan jer. Kemudian aku dan tunangku pergi ke pekan nak tgk2 bridal yg ada. Tetapi mengecewakan. So kami pun balik ke rumah utk makan thari. Aku makan bertambah2 kerana kesedapan huhuhu...

Lepas makan, kami keluar ke pekan semula bersama Yana. Servey kami di City Plaza agak mengecewakan. Kami terus menuju ke Tesco. Wah, banyak sungguh pilihan baju dan pakejnyer agak menarik. Tunangku berminat utk pakej RM3000. Aku rasa mcm mahal, tapi bleh lah. Kawen pun sekali seumur hidup. Selesai servey tue, kami ke Tesco membeli barang2 tunangku. Aku sedikit keresahan kerana dalam perkiraanku kami tidak berkesempatan utk smpai ke stesen bas pada jam 6.oo ptg.

Tunangku menurunkan aku di stesen bas dan bergegas utk mengambil MIL. Alhamdulillah kakak dtg bersama MIL menggunakan kereta abg. Jika tunangku mengambil mereka, sudah pasti aku tak dpt berjumpa ngan MIL, kakak ipar dan juga tunangku, sedihnyer kalau itu terjadi. Pemandu bas sudah menyuruh aku naik, tetapi MIL n kakak ipar belum juga smpai. Aku pun tak keruan. Kemudian, aku tersenyum gembira bila nampak MIL ngan kakak dtg. Aku pun turun dari bas, salam dan terus nak ke bas semula. MIL membekalkan aku cucur jagung, terharunya aku. Naik jer bas, bas terus memulakan perjalanan. Fuh, ngam2... Alhamdulillah, aku sgt suka pergi Kedah...

No comments:

Post a Comment