Wednesday, January 27, 2010

~27 JaN~

Harinie aku balik awal dari ofis. Ofismate ajak aku men badminton spti selalu tapi aku menolak ajakan mereka kerana aku nak lik umah, nak chat ngan tunang aku. tapi aku hampa. Hmmm, adakah aku sengaja utk tidur padahal aku sgt berkeinginan utk chat? Adakah aku gembira bla aku tersedar dari tidur? Setiap kali aku tersedar, aku dihadiahkan dgn ugutan dan amarah yg membuat aku tertekan seharian. Bila aku ckp aku nak tidur, aku dimarah, bla aku tertidur juga aku dimarah... Aku sgt tertekan... Besar sgt kah dosaku sehingga aku dilayan sebegini rupa?

Tuesday, January 26, 2010

~DoKuMeN bOrAnG pErMoHoNaN~

1. Kad Pengenalan & Salinan
2. Salinan Kad Pengenalan 2 Orang Saksi Lelaki
3. Surat Pengesahan Status Pemohon dari Majikan atau Penghulu atau Ketua Kampung (Islam)
4. Sijil Kursus Pra-perkahwinan & Salinan
5. Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (HIV)
6. Salinan Kad Pengenalan Wali
7. Sijil Nikah Ibu Bapa dan Salinan (Perempuan Anak Sulung)
8. Pengesahan bermastautin dari penghulu dan ketua kampung


~AlHaMdULiLlAh~

Alhamdulillah... Sebelum tunangku kembali ke Cameron, banyak perkara yg telah settle, espeacially perbincangan perancangan perkahwinan kami. Barang hantaran utk pihak lelaki yg utama telah dibeli. I luv u, syg... Aku selalu berdoa supaya dipermudahkan urusan kami dan dikurniakan anak2 yg soleh & solehah hehe... Bukan apa, aku pernah dgr seorg motivator tue ckp, sebelum kahwin lagi dah kena doa nak dpt anak soleh & solehah... Amin

Monday, January 25, 2010

Kos Barang Hantaran Pihak Lelaki

Perfume = 261.00
Jam tangan = 53.40
Kemeja + tie = 68.90
Kasut = 199.90
toiletries = 115.00
Al-Quran 110.00
Jumlah = 808.20

Masih dalam budget hehe...

Sunday, January 24, 2010

~23 JaN 2010~

Hari nie upacara pengkebumian Sultan Johor, Sultan Iskandar al-Haj. Perancangan awal aku dan tunangku utk hari ini adalah utk melihat pameran bridal di Kotaraya. Disebabkan upacara pengebumian tersebut, sumer shopping complex di JB telah ditutup. Aku hilang arah kemana hendak dituju. Luckily, kami pergi ke sebuah bridal utk melihat2. Walaupun mereka bleh membuatkan kami pkaian yg baru, pelami & meja makan & bilik tidur nyer kami kurang berkenan disebabkan terlalu simple. Selesai melihat2, aku membawa tunangku makan di Johny sempena menyambut hari kelahirannya.

Petang tue kami menuju ke Adli Bridal. Aku sgt suka bla tunangku memberi green light. Pastue aku lebih gembira kerana kami sekarang dah ada warna tema utk Johor !!!! I like... Dan baju tunangku dpt combination yg sgt cantik (pada pandangan mataku). Dan pelamin kami pun pernah digunakan hanya sekali sebelum ini. Alhamdulillah, terlepas sudah satu bebanan di kepalaku. Ditambah lagi dgn perbincangan ayah hak ngan tunangku yg berjalan ngan baik... I love u syg. Dugaan yg kami alami harini pabila sumer shoping complex termasuk complex bebas cukai terasa berbaloi bila mengingatkan kami dah decide nak butik mana!!! Segala kesulitan pasti ada hikmahnya.

Kami makan di LC Catering, makan nasi ayam penyek walaupun tak berapa nak penyek. huhu. Minum air jambu masam manis. Besnyer menghabiskan masa ngan tunangku.. mesti sedih masa dia nak lik nanti. Balik umah chat ngan kak tip. Dia tanya pasal bridal. Aku ckp ngan dia, mahal lah kak... Pastue dia ckp ok lah tue... skali seumur hidup. Alhamdulillah ada gak org backing aku. Aku bertambah2 lah leganyer... Hmmm, oklah. Pasnie nak pi kenduri cousin. Thanx syg kerana sudi teman za.

Sunday, January 17, 2010

~16 JaN 2010~

Pepagi lagi mama aku suh pi kebun kelapa sawit. Sebab adik laki aku nak meracun. Aku teman kan jerlah.. Tugas aku kat situ hanya menimba air dari parit utk dimasukkan di dalam tangki racun adik aku... Nie gambar baldi yg aku guna utk menimba air.


Pastue aku membersihkan pokok2 kelapa sawit yg telah dinaiki oleh pokok2 tumpangan. Lihatlah perubahannya sebelum dan selepas huhu...

Dan... Inilah gmbar kebun kelapa sawit ku...


Malam tue aku rasa sgt penat sebab berkebun lah katakan... huhuhu. Sian tunang aku... Sori yer syg. Nanti dia akan jawab "saya tak tahan hidup macam nie", ataupun "tak payah minta maaf sebab dah berulang2". bla bla bla... huhuhu.

~BuDgEt PeRkAhWiNaN~

Hmmm... Banyak juga kos utk kahwin nie... Aku watkan tunang aku punya budget huhuhu... Syg, make sure setiap tue jgn exceed tau. Dari skrg syg kena tulis setiap kos yg dikeluarkan utk persiapan perkahwinan nie. Hatta perjalanan utk pulang ke kampung utk menyelesaikan persiapan perkahwinan pun diambil kira. Apa2 kos yg dikeluarkan, bitau za lah ek. Za leh rekodkan. Pastue nanti baru kita leh kawal kita punya perbelanjaan.. Bila kita tau terbanyak, kita leh kurangkan... Pastue kos yg syg rasa tak yah kuarkan pun bitau k... Hmmm sian syg, anyway I Love U.

ITEM

COST (RM)

KAD KAHWIN

2000

BRIDAL

3000

DOOR GIFT

2000

JAMUAN

8000

BRG HANTARAN

1000

DUIT HANTARAN

10000

KOS PERJALANAN

2000

JUMLAH

23000


Saturday, January 16, 2010

Pakej di Romzy Studio

Pakej

2500

3000

Pelamin

Bilik Tidur

Meja Makan

Baju

2 pasang

3 pasang

Make up rumah

Make up studio

Camera man

1 roll

2 roll

Kek 3 tingkat

Inai Lukis

Meja Kek

Pintu Gerbang

Bunga Pahar

X

30 pax

Gelas VIP

X

10 pax

Payung / Bantal Sila

X


~16 JaN 2010~

Pagi2 nie aku baru lepas chat ngan tunang aku. Sedihnya bla keinginan tak dpt dipenuhi. Xperlah mungkin ada hikmah disebaliknya. Aku kena rehat. Kul 530 kena bangun n nak memulakan perjalanan kul 6 pagi. Ya ALLAH, aku ingin sekali sentiasa berada dalam redhaMU.

Thursday, January 14, 2010

~BrOaDbAnD kU bEnGoNg~

Malam tadi aku takleh nak online akibat broadband ku telah kuhempas kerana ketensionan. Pastue esoknyer aku bangun broadband tue takleh nak detect. Hmmm, semalam aku tak berkesempatan utk pergi membaiki broadband tue sebab ada workshop dari pagi smpai petang. Aku berasa sgt letih. Dan bebanan perasaanku bertambah bla bercerita ttg wrna tema. Ntahlah, dari dlu aku idamkan nak wrna tema maroon, tapi oleh kerana tunangku tak nak aku kena lah redha. Hmm, benda yg aku dah senaraikan utk dibincang dlm masa terhad sehingga aku pulang lewat dari ofis tak selesai. Selepas aku call mama aku, ada benda yg aku nak bincangkan sket dgn tunangku. Aku meminta dia menelefonku tapi dia ckp nantilah... terus aku takder mood. Dari saat tue aku mcm tawar hati utk berkomunikasi ngan tunang aku melalui panggilan telefon. Malam tadi juga, aku rsa sgt malas utk menaip sms. Apa yg aku fikir malam tadi adalah aku nak rehat. Aku silent handset dan masukkan dlam handbag kemudian aku duk termenung atas katil smbil mencoret apa2 yg terlintas dihatiku di atas sekeping kertas. Hari nie kelas smpai kul 4. Kalau aku rajin, aku pi lah baiki broadband aku tue... Kalau aku malas, xleh lah aku nak chat ngan tunang aku. Bagus gak klu tak chat sebab nanti aku tertido lantas tunang aku akan marah2. Atau klu leh oline pun tunang aku akan tgk tv. Biarlah, aku dah malas nak fikir kerana aku punya kerja kat ofis berlambak2 smpai nak termuntah.

Wednesday, January 13, 2010

~KoS hAnTaRaN dArI pIhAk LeLaKi~

Kos hantaran tunang dari pihak lelaki :
1. Kek - RM42
2. Telekung - RM 60
3. Kain - RM 150
4. Coklat - RM10
5. Buah Anggur - RM 12
6. Tempat Cincin - RM RM 25
7. Sarang burung - RM 8.80 x 4 = RM 35.20
8. Bunga - RM 50
9. Hiasan dulang - RM 11 x 7 = RM 77

Jumlah = RM 461.20

~MeNuJu AlAm PeRkAhWiNaN~

Semalam aku duduk makan bersama housemate aku. Housemate aku nie muda setahun dari aku. Dia tunang awal dari aku pada Oktober 2009. Tetiba dia ckp kat aku, takutnyer nak kawen. Aku jadi tersentak. Aku tanya dia bla dia nak kawen. Dia ckp dia tak tau. Tetiba aku mcm terfikir, wah aku nak kawen lagi 5 bulan. Barulah aku merasa takut gak lah... Sedangkan housemate aku tue hari2 kuar ngan tunang dia pun dia rasa takut. Yelah, selama nie buat apa2 sendiri, pas kawen kena share ngan pasangan.. Org yg kita tak berapa nak kenal. Hmmm ready ker aku nie nak jadi sayap kiri kepada bakal suamiku... InsyaALLAH aku akan cuba sebaiknya...

Tuesday, January 12, 2010

~12.01,10~

Hmmm... Beginilah kehidupan. Ada masa kita rasa gembira yg amat sgt, sekelip mata rasa sedih yg amat sgt. Hmmm, terasa jauh hati dan ingin membawa diri. Sedihnya bila kesilapan yg tidak disengajakan dijadikan satu perkara yg sgt besar. Jika aku mampu mencorak hari2ku, aku xnak tido walau sedetik bla berkomunikasi dgn 'dia' tapi apakan dayaku... Ya ALLAH berikan aku kekuatan...

~HmMm~

Malam tadi, aku pun tak sedar bila aku tertido. Yg pastinya semasa tunangku pergi ke wad, aku telah pun menidurkan diri. Aku dah set alarm nak bangun kul 10.30 dan aku telah mengingatkan tunangku utk misscall ku. Tapi, ntah mengapa aku tidak mendengari bunyi henfon ku itu. Aku tersentak pada jam 1.30 pagi. Aku terasa teramat sedih membaca mesej dari tunangku.... Hmmm... Speechless.

Monday, January 11, 2010

~HuJuNg MiNgGu Yg MeMbAhAgIaKaN~

Selesai sahaja meeting di UniKL City Campus pada 08.01.10 yg lalu, aku bergegas ke R & R Sg Perak utk ke Kedah. Dalam perjalanan, kami singgah di R & R Sungai Buloh utk membeli sate kajang. Takder apa yg aku belikan utk keluarga tunangku. Aku sgt ralat, bukannyer aku tak nak beli, tapi aku duk fikir2 apa nak beli. Aku membuat keputusan membeli brang2 dapur bersama tunangku seperti yg aku belikan utk family faseh, cadangnya aku mahu membeli di Ipoh. Tetapi, oleh kerana aku telah menjumpai sate kajang, aku membatalkan niat utk membeli barang dapur, ditambah lagi dgn pembatalan rancangan utk berjumpa di Ipoh.

Aku tiba di R & R Sg Perak pada jam 715. Aku makan2 bersama dua org kakak yg kutumpang dan terus bersolat di sana. Aku menanti tunangku di surau R & R. Aku berkesempatan utk melayari internet dan terlena sebentar. Tunangku smpai di R & R pada jam 920 malam, dan kami pun bertolak dari R & R dalam jam 945 dan smpai pada jam 1215. Tunangku terus menghantar ku ke hotel. Aku menelefon bakal bapa mertuaku yg sudah 2 kali menelefonku pada malam itu. Aku hanya mahu memberitahunya aku sudah smpai. tapi tak sangka plak dia suh bakal kakak iparku utk meneman aku tidur.

Tunangku memberitahuku bhawa bakal ibu mertuaku juga akan dtg membawa makanan utkku. Aduh, terharu sungguh aku. Malam itu aku berborak ngan bakal kakak iparku sehingga jam 5 pagi. Aku pun tak tau camner aku leh tahan ngantuk pada waktu itu.

Keesokan harinyer, tunangku telah mengambil kami berdua dalam jam 10. Kami bersarapan dirumahnya. Kemudian, kakak merancang utk pergi ke Penang utk menghantar pulut kuning utk 'kawan'nya. MIL pun memberitahu FIL aku. Tetiba kakak memberitahu bahawa 'kawan'nya akan balik ke Kedah dan tidak jadi ke Penang. Disebabkan FIL aku nak join sama kami ke Penang, kami pun meneruskan rancangan ke Penang. Sementara menunggu mereka siap, tunangku membawaku utk menempah tiket bas ke JB. Dia mencadangkan aku utk mengambil tiket bas petang, so aku ikut jerlah. Lagipun rasa sekejap sgt kat Kedah.

Selesai menempah tiket bas, kami pun memulakan perjalanan ke Penang. Perjalanan pergi, kami memasuki Penang dgn menaiki feri. Besnyer.. Oleh kerana henset ku meragam di hari kejadian, aku tak bisa menangkap apa2 gmbr. Kami pun pergi makan, sedap sungguh dan terus pergi ke Bukit Bendera. Ramainyer org. Tapi aku sgt berpuas hati ke Bukit Bendera tue sebab pemandangan nyer sangat cantik. Kat atas tue bnyk gmbr yg ditangkan oleh bakal adik iparku. Kami turun dari Bukit Bendera lebih kurang jam 8.00 malam. Aku mengucapkan terima kasih kepada FIL kerana membawa aku berjalan2.

Dalam perjalanan pulang, kami singgah di sebuah restoren. Abg n kakak telah menanti kami. Makanan pun telah tersedia. Wah, sedapnyer... Aku makan dgn penuh berselera. Aku meratah2 lauk2 yg ada tanpa rasa kenyang... huhuhu... Apa yg membuat aku terharu apabila FIL aku menyendukkan lauk utkku... Kat Kedah nie, aku mkn tanpa rasa malu kuikuikui... Aku makan dgn begitu banyak. Mungkin nak period kot sbb tue nak makan banyak. Selesai makan, dah pukul 10 lebih. FIL aku ckp, suruh singgah rumah... Hmmm aku ikut jer lah.


Sampai kat umah, lepak2 kat bilik kakak n yana. MIL pun ada. Aku sgt malu pabila diorg usik2 aku ngan ebear belomaih tue. Diorg ckp 'nanti za kena jaga tau ebear nie'. Ish, malu giler bila MIL pun ketawa. Kemudian FIL pun masuk blik borak2. Dia suruh adik iparku menemanku di hotel. Sian bakal adik iparku. Aku ckp ngan dia tak payah lah. Kemudian dia ckp ngan FIL dia terpaksa memasak utk esok pagi. Aku pun pulang ke hotel dan berehat.

Hari terakhir aku di Kedah, aku bersarapan di rumah tunangku. Aku teringin utk membasuh pinggan dan memasak tetapi MIL tak bagi. Aku rasa pasnie aku nak pkai jeans ngan tshirt jerlah senang aku nak menolong. Malu sgt bla dtg utk makan jer. Kemudian aku dan tunangku pergi ke pekan nak tgk2 bridal yg ada. Tetapi mengecewakan. So kami pun balik ke rumah utk makan thari. Aku makan bertambah2 kerana kesedapan huhuhu...

Lepas makan, kami keluar ke pekan semula bersama Yana. Servey kami di City Plaza agak mengecewakan. Kami terus menuju ke Tesco. Wah, banyak sungguh pilihan baju dan pakejnyer agak menarik. Tunangku berminat utk pakej RM3000. Aku rasa mcm mahal, tapi bleh lah. Kawen pun sekali seumur hidup. Selesai servey tue, kami ke Tesco membeli barang2 tunangku. Aku sedikit keresahan kerana dalam perkiraanku kami tidak berkesempatan utk smpai ke stesen bas pada jam 6.oo ptg.

Tunangku menurunkan aku di stesen bas dan bergegas utk mengambil MIL. Alhamdulillah kakak dtg bersama MIL menggunakan kereta abg. Jika tunangku mengambil mereka, sudah pasti aku tak dpt berjumpa ngan MIL, kakak ipar dan juga tunangku, sedihnyer kalau itu terjadi. Pemandu bas sudah menyuruh aku naik, tetapi MIL n kakak ipar belum juga smpai. Aku pun tak keruan. Kemudian, aku tersenyum gembira bila nampak MIL ngan kakak dtg. Aku pun turun dari bas, salam dan terus nak ke bas semula. MIL membekalkan aku cucur jagung, terharunya aku. Naik jer bas, bas terus memulakan perjalanan. Fuh, ngam2... Alhamdulillah, aku sgt suka pergi Kedah...

Wednesday, January 6, 2010

06.01.10

Minggu nie aku menghadiri pedagogy 3 dan 4, dari Hari Selasa hungga Jumaat. Tapi pada Hari Khamis aku akan berangkat ke KL utk membuat soalan math di sana. Aku masih belum membuat apa2 soalan. Aku harap hari nie aku bleh menyiapkan sedikit soalan. Esok aku akan menjadi org pertama utk micro teaching. Sangat gementar.

Sepanjang minggu nie, banyak perkara telah berlaku. Benda yg begitu tak disangkakan.. Bakal abg ipar dan tunangannya yg aku hormati dan sayangi telah membuat satu keputusan yg drastik yg sgt mengecewakan. Hmm, semoga segala halangan dan cabaran yg terpaksa aku dan tunangku tempuhi ini bisa mematangkan kami dan mendidik kami menjadi seorg yg sabar.

Semalam, sepanjang training aku mengalami selsema yg sgt teruk. Aku rasa mcm tak sedap badan. Dan seperti biasa aku tertidur. Bangun pada jam 11 malam, terasa tekakku sakit. Aku harap aku tak demam lah harini... Sebab panjang lagi perjalanan minggu nie. Kalau ada rezki aku nak oegi kedah hujung minggu nie... pastue klu leh hari ahad nak pi kl. nak tunjuk tunang aku alQuran yg cantil n leh r dia bli brg... kuikui, leh kan abg???

Friday, January 1, 2010

~TaHuN bArU mAaL hIjRaH~

18.12.2009 merupakan tahun baru maalhijrah 1431. Pada 2 Muharram 1431, aku telah mengikat tali pertunangan dengan kekasih hatiku yg sgt aku sayangi. Sempena tahun baru, aku membuka lebaran baru dalam hidupku. Ya ALLAH, berkatilah hubungan ini. Semoga kami berdua sentiasa berada dalam limpah dan rahmatMU. Semoga kita akan sentiasa menjaga kesucian perhubungan ini dari dicemari oleh anasir2 negatif.

Dalam melalui liku2 kehidupan, aku telah merasa lelah yg amat sgt. Aku lelah utk memenuhi kehendak org2 disekeliling. InsyaALLAH aku akan bertahan setakat yg aku mampu. Kehadirannya disisi memberi semangat padaku utk menempuhi kehidupan. Aku akan berusaha supaya tidak menjadi "deep thinker" dimana akhirnya akan menyakitkan kepalaku. "Deep thinker" dari ertikata berfikir mengenai org lain. Ya ALLAH, berikanlah aku kekuatan.

Hari ini merupakan tahun baru masihi 2010 dan yg paling istimewanya hari ini berlakunya gerhana bulan. SubhanALLAH. Aku terjaga dari tidur pada jam 5 pagi. Aku menunaikan solat gerhana dan terus membasuh baju dan melipat kain2 yg telah kering. Terdengar tarhim subuh dari masjid berdekatan yang menggetarkan jiwaku, ALLAHUAKBAR. Terasa ketenangan pagi dengan udara yg begitu nyaman semasa aku sedang membasuh baju di balkoni.

Sedang asyik menaip, aku terpandangkan cincin yg tersarung dijari manisku. Terharu aku melihatnya. Aku kini sudah berpunya walaupun tidak sepenuhnya (baru tunanglah). Seperti tidak percaya dengan apa yg telah berlaku. Terasa diri ini seperti dihargai. Terima kasih TUHAN atas nikmat ini. Kau telah menganugerahkan insan yg begitu sempurna pada pandangan mataku. InsyaALLAH, selagi hayat dikandung badan aku akan menyintainya sepenuh hatiku. Dan dengan izinMU, aku ingin sekali menyintainya pada kehidupan selepas kehidupan didunia fana ini. Amin.

Oklah, setakat ini dlu catatan pada hari ini. Berkatilah segala usaha kami ya ALLAH.