Hmmm... x mik sumer gmbr lagi... hujung minggu nie bru nak touch up sumer bawa lik kampung n uruskan pape yg patut...
Thursday, December 10, 2009
~HaNtArAn~
Hmmm... x mik sumer gmbr lagi... hujung minggu nie bru nak touch up sumer bawa lik kampung n uruskan pape yg patut...
Tuesday, December 8, 2009
~QuIz~
(1) Adakah anda berdua mempunyai semangat pergaulan yang sama atau hampir sama?
(2) Adakah anda berdua mempunyai sikap yang sama terhadap nilai-nilai hidup yang luhur, juga sama-sama bersikap lapang fikiran?
(3) Adakah tiap-tiap seorang dari anda berdua ini saling hormat menghormati dan berpuas hati terhadap pekerjaan masing-masing?
(4) Adakah bakal tunang anda itu sudah matang umurnya?
(5) Adakah bakal tunang anda itu terkenal dalam kalangan sahabat temannya sebagai seorang yang amanah, jujur dan tidak selalu menguzurkan diri?
(6) Adakah anda berdua sudah lama berkenalan?
(7) Selama perkenalan anda degannya pernahkah terjadi sesuatu yang mengeruhkan perhubungan anda berdua?
(8) Adakah sidia itu seorang yang tidak meninggalkan solatnya?
(9) Adakah rancangan perkahwinan anda berdua ini dipersetujui oleh keluarga kedua belah pihak?
(10) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang patuh kepada kewajipan-kewajipan agamanya?
(11) Adakah bakal tunang anda seorang yang yang bukan kaki muzik dan bukan juga kaki rockers ?
(12) Adakah anda sudah memikirkan semasak-masaknya mengenai pilihan anda tersebut atau lebih didorong oleh nafsu?
(13) Adakah bakal tunang anda itu mempunyai perhubungan yang rukun damai dengan keluarganya?
(14) Adakah bakal tunang anda itu bukan merupakan kaki pokai atau pemboros?
(15) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang mudah cemburu dan syak wasangka?
(16) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang bertabiat tenang dan damai walaupun anda sendiri seorang yang pemanas dan perungus?
(17) Adakah anda berdua mempunyai pengetahuan dan pengertian yang wajar tentang kehidupan berumahtangga?
(18) Adakah bakal tunang anda itu seorang yang sederhana tabiatnya dan tidak termasuk dalam golongan kaki motor dan kaki perempuan?
(19) Adakah bakal tunang anda itu boleh memberikan didikan agama kepada anak-anak anda nanti?
(20) Dan yang penting sudahkah anda sembahyang sunat istikharah untuk menentukan pilihan anda itu baik untuk anda dan agama anda?
Kalau tiap-tiap seorang dari anda berdua dapat menjawab dengan "Ya" sebanyak 16 atau lebih dari pertanyaan-pertanyaan di atas, maka itu membuktikan bahawa perkahwinan anda berdua akan berlangsung dalam kebahagiaan dan kejayaan. Kalau anda dapat menjawab "ya" kurang dari 15 pertanyaan, maka perkahwinan anda mungkin berjaya, tetapi banyak menghadapi gelombang-gelombang yang pahit. Sebaliknya kalau jawapan-jawapan "Ya" itu tidak sampai sepuluh, maka perkahwinan anda sukar bertemu kerukunan dan kedamaian.
Sekian sahaja untuk tips kali ini, semoga kita bertemu lagi di lain kali.
~HaTi SeBeSaR cAwAn~
Hatinya tidak pernah sepi daripada merasakan kerisauan. Fikirnya, tuhan tidak pernah sudi meminjamkan kedamaian hati padanya. Dia sangat cemburu apabila memandang sekeliling. Mereka bebas ketawa dan mudah tersenyum. Tapi dia? Dia hanya mampu tenggelam dalam dunia sepi dan resahnya sendiri.
Hatinya tidak mampu mengisi segala masalah yang menghimpit jiwanya. Lalu, selepas lelah dan puas berfikir, suatu hari dia melangkah longlai menuju ke hujung kampung.
Niat hatinya, ingin menemui seorang lelaki tua. Saban hari, wajah lelaki tua itu sentiasa basah dan sejuk. Damai sentiasa bertamu di wajahnya. Dia ingin sekali meminta rahsia, "bagaimanakah bolehku nikmati hidup begitu juga?". Lalu, dia terus bercerita kepada lelaki tua itu. Masalah keluh kesah dan kerisauannya didengari lelaki tua itu sambil tersenyum, lalu mengajak lelaki itu ke suatu tempat iaitu ke tepi sebuah kolam yang besar sambil membawa sebiji cawan dan dua bungkus garam. Lelaki itu mengikut, walaupun hatinya sedikit hairan.
"Anak muda..." lelaki tua itu bersuara. "Ambillah cawan ini, isikanlah air dan masukkan sebungkus garam" ujarnya lagi. Lelaki itu yang dalam kebingungan hanya menurut. Cawan diambil....air diisi....dan garam dimasukkan. Kemudian lelaki tua itu berkata lagi "sekarang kamu minumlah air tersebut". Dalam bingung yang bersisa, lelaki itu mengikut kata lelaki tua itu.
"Apa rasanya?", tanya lelaki tua itu apabila melihat kerutan di dahi lelaki tersebut. "Masin"!" lelaki tua itu tersenyum lagi. "Sekarang kamu masukkan pula sebungkus garam ini ke dalam kolam itu, dan kamu hiruplah airnya".
Lelaki tua itu menunjukkan arah ke kolam. sekali lagi lelaki itu hanya mengikut tanpa menyoal. Air dicedok dengan kedua belah tapak tangan dan dihirup. "Apa rasanya anakku?" soal lelaki tua itu.
"Tawar, tidak masin seperti tadi", lelaki muda itu menjawab sambil mengelap mulut.
"Anakku, adakah kamu memahami kenapa aku meminta kamu berbuat begitu tadi?" tanya lelaki tua itu, sambil memandang tepat ke arah lelaki itu. Lelaki itu hanya menggeleng.
Lelaki tua itu menepuk-nepuk bahu lelaki tersebut. "Anakku, beginilah perumpamaan kita dan masalah. Garam itu umpama masalah. Cawan dan kolam umpama hati kita. Setiap orang mempunyai masalah,ditimpa masalah dan diuji dengan masalah. Tetapi, kalau hati kita sebesar cawan, maka kita akan merasai pahitnya masalah itu, pedihnya hati kita dan keluh kesahnya kita. Tetapi kalau hati kita sebesar kolam, masalah tidak akan mengganggu kita. Kita masih boleh tersenyum sebab kita akan mengerti masalah bukan hadir untuk menyusahkan kita.
Masalah dianugerahkan untuk kita berfikir, untuk kita muhasabah diri.Masalah dan ujian akan memberi hikmah kepada kita. Anakku, itulah rahsiaku. Aku sentiasa berlapang dada, aku sentiasa membesarkan jiwaku, supaya aku boleh berfikir tentang perkara-perkara lain dan masih boleh memberikan kebahagiaan padaku. Aku tidak akan sesekalimembiarkan hatiku kecil seperti cawan, sehingga aku tidak mampu menanggung diriku sendiri".
Maka, pada petang itu, lelaki itu pulang dengan senyuman yang terukir di bibir. Dalam hati, dia berjanji akan sentiasa membesarkan jiwa dan berlapang dada!
~SeLaGi AdA cInTa~
Telah Kukorbankan Segalanya
Namun ku Sendiri Tak Pernah Mengerti
Apa Yang Engkau fikirkan
Apa Yang Engkau Inginkan
ku Tahu Diriku Tak Bererti
Namun ku Sendiri Tak Pernah Mengerti
Apa Yang Engkau fikirkan
Apa Yang Engkau Inginkan
Selagi Ada Cinta Di Hatiku
Selagi Ada Rindu Yang Membara
Selagi Air Mata ini Mengalir
Kau Tetap Di Hati Ini
Cintamu Tetap Di Hati
Selagi ku Mampu Bertahan Kekasih
Jangan Sampai Cinta TiAda Lagi
Jika Memang Cinta TiAda Lagi Kasih
Tinggalkan aku Sendiri
Tinggalkan Cintamu Kasih
Selagi Ada Cinta Di Hatiku
Selagi Ada Rindu Yang Membara
Selagi ku Mampu Bertahan Kasih
ku Terima Segalanya
Walau Hatiku Merana
Tuesday, December 1, 2009
DoNt KnOw WhAt To SaY
Selama ini aku selalu berada di zon selesa dan "tak kisah" dalam perhubungan. Tidak bermakna aku tak kisah apa yg berlaku. Aku alert dgn apa yg berlaku cumanyer aku rasa aku tak punya kuasa utk bersuara. utk apa bersuara jika pendapat tak diterima. utk apa menerangkan keadaan sebenar jika sume nyer tak diterima. apa lagi yg mampu dibuat selain berdiam diri.
Aku pernah terfikir, dimana letaknya keserasian sesebuah perhubungan? Ntahlah, aku pun tak dapat nak menjawab dgn tepat. tapi bagi aku, sesebuah perhubungan itu mesti ada persefahaman dan tolak ansur. Yang paling penting macamana kita berbincang utk menyelesaikan sesuatu masalah. Mungkin aku belum sampai tahap selayaknya utk diajak berdiskusi.
Give n take juga sgt penting. Dalam bab ini, aku tak tau banyak mana aku beralah. Mungkin apa yg aku beri masih tak mencukupi utk membuktikan cinta. tapi terpulanglah pada pandangan masing2. Aku juga punya perasaan malu dan perasaan ingin dihargai... Buatlah sesuka hatimu asal kau bahagia. Maafkan lah jika kekuranganku begitu menjijikkan.
Monday, November 23, 2009
~cCoReT2~
Sunday, November 22, 2009
~DiAm AdAlAh PiNtAr~
Saturday, November 14, 2009
~14 NoV 2009~
Thursday, November 12, 2009
~12 NoV 2009~
Tuesday, November 10, 2009
~PeRsIaPaN hAnTaRaN tUnAnG~
Dari pihak lelaki (tema hitam n silver):
1. cincin (utk ini, aku beli sangkar putih, masuk cincin dalam tue)
2. sireh junjung (akan dibuat kemudian)
3. kek (akan ditempah dari sahabat kerana kek kat kedai tak sedap. kek nie 1/2 kg. kena masuk dalam kotak transparent dan kotak itu akan dihias.)
4. coklat (akan dimasukkan didalam sarang burung. di atas sarang ada 2 ekor burung putih. bunga akan dihias di sekeliling sangkar. coklat yg akan dibeli adalah coklat hersheys kerana sampulnya yg berwarna silver)
5. buah (masuk dalam sarang. buah anggur sahaja)
6. kain baju utk nikah n selendang putih (dilipat dan diletak di dalam sarang)
7. telekung (yg mempunyai bungaan2 berwarna hitam diletak di atas sarang)
Dari pihak perempuan (tema peach n coklat pekat)
1. sireh junjung (akan digubah kemudian)
2. kek (akan ditempah dari sahabat kerana kek kat kedai tak sedap. kek nie 1/2 kg. kena masuk dalam kotak transparent dan kotak itu akan dihias.)\
3. coklat (ferrero roshey kerana sampul berwarna gold. akan dimasukkan di dalam bakul yg akan dihias dgn bungaan2)
4. buah (akan disusun di dalam bakul)
5. songkok (akan dihias di dalam bakul)
6. kain baju nikah (akan dihias di dalam bakul)
7. perfume (nie beli jerlah kat body shop yg dah siap hias)
8. pot porri (akan dihias dgn cantik)
9. cup cake (akan dihias dgn cantik)
p/s : dialu2kan utk komen. cincin bagi satu jer kan?
Monday, November 9, 2009
~9 NoV 2009~
Saturday, November 7, 2009
~7 NoV 2009~
~TaHnIaH sAhAbAt~
Beberapa minggu selepas raya, dia menelefonku memberitahuku ttg pertunangannya yg akan berlangsung pada 17 oktober. dia baru sahaja berkawan dgn lelaki itu dlam masa 3 bulan. rakan sekerjanya. Lelaki itu datang beraya ke rumah sahabatku, memandu berseorangan dari perak. pertama kali berjumpa dgn bapa sahabatku, bapa sahabatku mengarahkan lelaki tersebut utk dtg melangsungkan pertunangan dalam bulan oktober.
Maka, terkejut beruklah kedua2 mereka. so, dlm masa seminggu dua tue... mereka pun bersiaplah utk majlis pertunangan. tahniah kepada mereka berdua. mereka akan melangsungkan perkahwinan pada bulan disember nie. sahabat baikku meminta aku utk menjadi pengurusnya sewaktu majlis perkahwinannya.
hmmm... tahniah kepada sahabtku. sesungguhnya, wanita sebaikmu layak utk mendapat lelaki sebaiknya. semoga sumenyer berjalan lancar. bila kita memudahkan sesuatu perkara, insyaALLAH, DIA akan memudahkan segalanya. kita akan rasa terbeban jika kita memberatkan sesuatu perkara. sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui.
~6 NoV 2009~
hmmm... oleh kerana susahnya utk kami duduk berbincang, aku rasa tak perlulah kami meneruskan perancangan utk bertunang, dimana perancangan itu aku yg syok sendiri. tinggal beberapa hari lagi kalaupun ia diteruskan. x bnyk masa utk membuat persiapan apa lagi utk berjumpa. ditambah lagi kemungkinan2 lain yg tak dpt dielakkan. so, aku tak nak memeningkan kepala sesapa mahupun menyusahkan sesapa lbih2 lgi fmily si dia.
selepas nie, aku x akan memaksa sesape lagi. aku mnyerahkn spenuhnya urusan2 berkaitan perhubungan kpd si dia krana aku sudah tidak teruja utk merancang apa2. blehlah mneruskn game2 dan mngutip telur2 ayam tnpa gangguan...
Friday, November 6, 2009
~BeNgAnG~
MI : Za macamna? masih dengan ***** ke?
aku : a ah. ustaz plak camner. masih ngan wife ker
MI : ya. why?
aku : saje tnya. takleh?
MI : takla. ingatkan jawapan macam, nak poligami ke.. hehehe
aku : no lah
Aku sgt bengang apabila ustz bertnya aku masih ngan ***** ke. utk apa persoalan itu? mcm aku nie tak layak utk bercinta dlm masa yg lama or maybe dia ingat aku tak layak bercinta, dont know. yg penting aku bengang. sehinggalah aku balas balik dgn bertnya camner dia ngan wife dia.
aku : nape ustaz asik tnya za masih ngan ***** ke tak
MI : sebab Za mengharap kat dia. tengok macamna teguhnya pendirian Za
aku : 1ustaz mcm tak yakin ngan za
MI : takla
MI : tak yakin dengan Za ada la. still picture Za macam dulu. sebab za penah share bahawa selalu gagal dalam bab ni sebab za sendiri
aku : za tak pernah gagal. org yg dtg sebelum ***** bukan kegagalan za. mereka adalah ujian ALLAH. ***** adalah first love za yg za cinta sgt2. so jgn tanya lagi za masih ngan dia tak. jika mmg jodoh za bukan dgn dia, itu adalah ketentuan dariNYA. za pernah couple ngan adz sorg jer. n za tak sempat pun nak rasa nikmat cinta dgn dia.
Hmmm... Aku sgt bengang dgn persoalan2 mcm tue. walaupun aku tak tau halatuju hubungan ini, let it be. aku akan cuba bertahan walau apa pun yg berlaku. InsyaALLAH.
~TeNsIoN oVeRbOaRd~
Hubungan aku dgn si dia pun bertambah tak tentu hala. Sampai bilakah kami akan menghadapi keadaan sebegini. ketika dia mendiamkan diri (kerana salahku) aku bersungguh2 memujuknya. ketika dia dah ok, aku plak keletihan sehingga aku asik tertido. Yelah, keletihan yg amat sgt, tercegat di ofis pas subuh, balik malam sungguh meletihkan. ketika sumer keadaan dah ok (audit dah habis), si dia plak menyepikan diri.
Apa yg berlaku sumer adalah kesalahan aku. aku selalu terfikir, kasihannya si dia kerana terpaksa menghadapi sumer kerenahku. mungkin bnyk benda yg dia kena survive utk ku. Aku minta maaf kerana tak mampu menjadi yg terbaik utknya. aku tak mampu menjadi seorg pendengar yg setia, aku tak mampu menjadi tempat utknya berkongsi rasa dan kasih.
Buatlah apa sahaja supaya kau berasa puas. Hukumlah aku semahumu andai itu dapat menghapus dosaku padamu. Aku dah tak berdaya utk memuaskan hatimu. Maaf kerana aku tak dpt membahagiakanmu. dalam keadaan aku yg huru hara nie, carilah seseorg yg bleh mengubat hatimu.
andai ada rasa sygmu utkku, aku sgt berterima kasih tapi andai rsa syg itu berkurang akibat pelbagai peristiwa yg mematikan hati berlaku, aku redha kerana itulah yg sepatutnya. maafkan diri ini yg selalu melukakan.
Wednesday, October 28, 2009
~DaMaILaH kAu DiSaNa~
Kenapa aku sgt sayang kepada makcik dan pakcik aku? Yer... aku telah menganggap mereka seperti ibu dan ayahku sendiri.Kadangkala mereka memanjakan melebihi ibu dan ayahku. Aku rela berkorban apa sahaja demi mereka. Aku sanggup bersusah payah kerana mereka.
Aku pernah menjaga mak peah ku selama 3 bulan semasa diserang stroke. Dirumah pusaka yg keluargaku duduki sekarang, aku membantu menjaga nenekku yg stroke selama beberapa tahun. Sumenyer aku lakukan atas dasar kasih sayang yg tak berbelah bagi.
Kembali kepada cerita asal... aku sgt syang pada ayah lang ku. ayah lang sering mencium dahiku dan membaca doa2 di atas ubun2ku bila aku mahu kembali ke asrama atau pada hari2 raya. Ayahku pun tidak melakukan sedemikian. Apa2 yg berlaku dalam keluarga atau hendak membuat keputusan, org yg emak akan minta pendapat adalah ayah lang dan ayah hak. Aku tau kasih sayang emak kepada kedua2 abgnya ini tak berbelah bagi.
Sewaktu aku melawat ayah lang di hospital, dia akan mencengkam tanganku dgn kuat. Aduh, aku sgt rindu pada ayah lang.. Di hari pertama idulfitri, ayah lang memanggilku disaksikan oleh ayahku. Ayah lang cakap, "Bila org tue nak dtg dari kedah, takut nanti ayah lang takder". Aduh, sebaknya hatiku. Ayah lang telah pergi sebelum sempat mereka dtg.
Tapi aku berasa puas kerana telah menemukan ayah lang dgn 'dia'. Bila ayah lang kata ok, aku bertambah yakin dgn pilihan hatiku. Aku tak akan berubah hati, kerana itulah satu2nya pilihan, pertama dan terakhir yg aku sempat temukan dgn ayah lang. Syukur alhamdulillah kerana mereka sempat bertemu.
p/s : teringat lagi ayah lang dtg ke tanjung piai berjumpa dgn family si 'dia' walaupun pada masa itu, dia kelihatan uzur. Dia menaiki motor kerana tidak larat utk berjalan jauh utk masuk ke chalet.
Tuesday, October 27, 2009
~TeKaNaN~
~MaRaH~
Apa itu kemarahan?? Aku sgt takut akan kemarahan.. Sedari kecil, ayah yg kuanggap seorg yg perfectionist selalu meninggikan suara diatas kesalahan yg kecil2 spti tertumpah air, tertinggal barang, tak pandai baca peta, lambat etc. Sehingga satu saat, aku tak ingin pergi berjalan dgn ayah yg sememangnya suka melancong (dalam Negara). Kerana seperti yg dijangka ayah akan marah2.
Sewaktu melawatku di asrama, ayah pernah mengajarku add math. Aku menangis2 ketika belajar dgn ayah kerana suaranya yg tinggi sehingga kawan2ku memandang ke arah kami. Begitu juga ketika aku mengaji alQuran dgn ayah. Kegarangannya menakutkanku. Aku juga pernah ditinggalkan di Plaza Angsana kerana lambat. Aku terpaksa berjalan dan menaiki bas seterusnya menaiki teksi utk pulang ke kampung. Perjalanan ke kampong pada waktu itu sejauh 80km. Seringkali aku enggan pulang kerumah kerana takutkan ayah.
Sehingga kini, sehingga aku dewasa, aku masih dimarahi kerana perkara2 kecil. Syukur alhamdulillah kerana sifat marahnya sudah berkurangan. Kami adik beradik sgt taat kpd ibu bapa. Pada pandangan mataku, kami anak2 yg baik, mengikut arahan dan tak pernah membantah. Bukan sekadar terhadap org tua kami, malah pada org2 tua lainnya. Ibuku sgt sabar dgn kerenah ayah.
Baru2 ini, ibu ckp ‘ayah tue asik nak marah2 jer. Kalau ayah marah, mak leh lah jawab2 juga (mak jawab dalam keadaan hormat. Aku tak pernah dgr emak meninggikan suara). Tapi kalau anak2, summer diam.’ Yer, kami mmg diam, terkadang kesalahan itu amat kecil dan tidak munasabah. Terkadang kami tak bersalah tapi kami still akan mendiamkan diri. Setelah bertahun2 hidup bersama, emak melepaskan keluhan itu. Mungkin kerana aku sudah dewasa dimatanya utk berkongsi kisah peribadi.
Setelah menjejakkan kaki ke menara gading, aku begitu fobia akan sebuah kemarahan. Aku masih ingat moto hidupku pada waktu itu, Tak suka akan kemarahan, dimarahi dan memarahi. Kefobiaanku terbawa2 sehingga aku sgt takut akan dentuman guruh dan kilat. Sepertinya ayah bertempik ke arahku. Mulai dari saat itu, aku tak mengizinkan diri aku utk marah kerana aku tahu apa rasanya dimarahi.
Kesekian kalinya, aku terasa begitu marah terhadap seseorg yg aku rasa tak wajar utk aku marah. Tetapi itulah hakikatnya bila emosi mengawal nafsu. Mungkin kerana dipengaruhi oleh perasaan sgt sayang, mungkin kerana dasar ingin dimanjakan dan biberi perhatian dan pelbagai kemungkinan lain yg aku sendiri tak pasti.
Setelah beberapa bulan berada di arena kemarahan ini, akhirnya aku kembali berpijak dibumi nyata, kemarahan tak mendatangkan apa2 manfaat. Akan terlihat kelemahanku kerana berada dalam zon ini. Selebihnya ia tak mendatangkan apa2 manfaat dan tidak akan mengubah apa2 melainkan akan menambah kebencian pasangan kita. Mungkin aku terpaksa kembali kepada aku yg asal, tak terkesan dgn apa2 yg berlaku disekeliling. Tapi mungkin tak semudah yg dijangkakan kerana aku pernah menyayangi sepenuh hati.
Syukur alhamdulillah kerana sifat marah ayah semakin berkurang. Segala sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya. Mungkin kerana kemarahan ayah, kami adik beradik menjadi insan yg sedikit berjaya. Aku mengharapkan jika ada jodohku utk berbaitulmuslim. baitulmuslim itu tak dipenuhi dgn api kemarahan kerana aku mahu keluar dari kepompong itu. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.
Monday, October 26, 2009
~26 OkT 2009~
Peringatan pada diri, tak perlulah kau bersuara kerana suaramu tak akan didengari. tak perlulah kau memujuk rayu kerana mungkin hatinya telah mati utkmu. Kau telah melakukan kesalahan yg besar yang tak layak dimaafkan. Perbaikilah dirimu seadanya kamu. Akhir sekali, andai pintu cinta ini tertutup, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaanmu dlam setiap sujudku.
~26 OkT 2009~
Kehidupanku yg dipenuhi dgn tekanan mengajar aku lebih dewasa. Bebanan kerja, study dan keluarga sudah cukup menyesakkan hati dan minda. Ditambah lagi dgn bebanan perhubungan yg cukup menyedihkan, aku terasa seperti dihempap batu besar. Tiada lagi gelak tawa mengiringi hari2ku. Seperti yg berlaku pada malam ini, aku akan menyusuri selat tebrau utk menenangkan hati. Kerana kutahu, jika aku berada dirumah, aku akan melayari alam maya ini dan kemungkinan aku akan kecewa pasti ada. Sampai bila aku harus melakukan aktiviti ini?
Pergilah duka, berhentilah air mata. Kedatangan kalian tidak diundang. Hanya KAU tempat kumengadu. Pergilah cinta, terbanglah sepuas hatimu.. bila kau keletihan dan memerlukan aku, kembalilah kerana aku akan sentiasa menantimu. Jika kau menjumpai cinta yg lebih membahagiakan, pergilah kerana aku tak layak menghalang. Sukarnya memahami hati seorg lelaki, tutuplah pintu hatimu kerana kau yg memegang kuncinya.