Tuesday, February 23, 2010

~23 FeB 2010~

Malam tadi aku tersangat lah tensionnyer. Aku nyer broadband dah takleh detect kat laptop aku. Ini adalah gara2 aku mencucuk laptop aku ngan broadband room mate aku kerana dia nyer broadband takleh detect. aku ingat nak try kat aku nyer laptop. lepas kuarkan dia nyer broadband laptop aku kuar warning serious error dan recover. nasib baik pastue leh buka lik leptop aku. selepas itu aku memasukkan broadband di dalam laptop aku, tetiba takleh nak detect. tension overboard betul. aku try nak sms tunang aku tapi takleh sebab aku nyer simkad maxis mana tah aku letak. almaklumlah aku nyer henfon dah masuk bengkel. so aku kena guna satu henfon jer... simkad celcom plak takder kredit langsung. hai, malang sungguh. tension sampai aku sakit pale n terus tido.

Harinie aku bawa broadband ke ofis. broadband aku dpt detect kat ofis. betullah ia masalah laptop. adoyai... tension sungguh. pagi tadi herman dtg tmpat aku. dia baru blik dari umah mak angkat dia kat merbok. herman kata anak mak angkat dia tue guna pakej romzy yg 1500 tue. pastue masa pasang pelamin tue, mmg tersangatlah buruk, sampaikan mak angkat dia suruh buka. kejadian tue berlaku 2 hari sebelum kejadian. so, mak angkat dia ambil bridal lain dalam masa 2 hari tue... herman ckp, bilik tidur yg dia buat pun buruk giler. adeh, lemahnyer semangat aku. seharian aku takder mood. aku tepon kak ja thari tadi ckp kat kak ja ttg hal tue. kak ja ckp jgn risau nanti kita ckp kat romzy tue betul2... ya ALLAH berilah aku ketenangan. Hmmm, aku kat ofis lagi waktu nie. aku dah nak balik, alhamdulillah harini henfon aku dah sihat, leh diambil di tesco. harap2 masa balik nanti aku dptlah menginstall balik aku nye broadband nie guna cd yg diberi...

Sunday, February 21, 2010

~21 FeB 2010~

Harini pukul 9 aku nak hntar adik aku yg bongsu, Ifah ngan dua lagi kwannya ke bus stand larkin. Diorg akan naik bas utk ke Sains Mersing. Pas hntar Ifah jer aku terus lik Pasir Gudang. Aku nak singgah Tesco utk baiki handset aku... Hmmm kepada insan tersayang, jgn rindu kat za tau uhuk..

~ASB NaK aMiK kE tAk?~

Hmmm... Ayah aku ckp, kena menyimpan dari sekarang. So, ayah aku offer utk aku amik loan ASB yg berharga RM100K. Tiap2 bulan byar RM601. Utk tahun pertama ayah aku bayarkan dlu. Hmm, aku rsa mcm ok sbab betul gak ayah aku ckp, dividennyer lagi bnyk dari bayaran. Tahun hdapan, leh kuarkan dividen yg dpat. Besenyer dividen ASB 8-9%. Masuk bonus aku tak tau r brp. So, atleast duit dividen 8K. Ansuran rm601 tiap bulan berjumpal RM7212. Masih ada baki di dlm akaun. Itu kalau aku guna duit deposit tuelah. Kalau aku tak kuarkan dan still guna duit gaji, maka akan bertambah lah dividen tue... Aku fikir bagus gak sebab kit atak tau apa terjadi pada masa hadapan. Cumanyer yg menjadi permasalahan, aku dgr ASB nie ada syak dlam proses sahamnyer. So, pasnie aku nak analisis lah ASB nie. Kalau duit dividen tue syubhah, leh ker aku guna duit dividen tue utk membeli brg2 yg bukan makanan supaya tak jadi darah daging?? Aku rasa unit trust lagi secure. Duit aku kat dlam unit trust pun ada 10K tak kuar lagi sbb nak tunggu declare dividen pada Mei nie. Hmmm, takperlah pape pun sediakan payung sebelum hujan....

Friday, February 19, 2010

~SoUvEnIr~

Pasal souvenir nie, aku telah membuat servey ttg harga bekas telur plastik. Agak menariklah bagi aku. Sebab pasnie pun org leh guna bekas tue... Ok, kat sini ada dia nyer gmbr.

Ni harga dia RM0.25 sebiji. Ada tulis terima kasih atas dia

Ni harga dia RM0.30 sebiji.


Nie harga dia RM0.35 sebiji.

Semua barang2 plastik tue kebaikan nyer adalah ia bleh digunakan lagi utk isi barang2 kecil. pastue klu letak ribben sket pun cantik. Tapi mama aku ckp, maknah suh bagi sumer org nasi utk souvenir tue. Mama aku mcm nak guna beg kain mcm beg coklat sbelum nie, sumer org dpt beg tue. Dlam dia isi sumi ngan bahulu mcm contoh dibawah nie. Tapi bahulu tue mama aku ckp nak isi bnyklah dlm plastik. dlam 10biji. pastue dlm beg tue juga sumer org akan dpt nasi yg diletak dlam bekas bulat (mcm org letak taufu fa tue). Utk org yg dtg dari jauh, tambahan bagi bunga telur dan nasi dlam bekas 4 segi yg besar sket yg ada 2 bahagian tue... Hmmm, aku mcm nak letak keropok mcm dlm contoh di bawah nie, tapi mama aku mcm taknak. Pastue mama aku ckp sumer bebudak dpt sumi mcm cth dibawah nie. Memula aku ckp bagilah bebudak plastik bunga2 mcm ada dlm posting sblum nie n dlam tue ltak jajan. Mama aku ckp nanti sepah2 sgt. klu sumo tue at least satu jer dia sepah. Bagi aku, bagus gak sumer dpt beg, sebab dihari kejadian, mana tau nak tmbah apa2 masuk jer dlm beg tue...


Nie sumi dlam bekas. Bekas nie murah jer


Nie cth bahulu


Nie contoh keropok

~RoMbOnGaN pOnTiAn - AlOr SeTaR~

Ayah telah menyiapkan tentatif utk ke Alor Setar. Sepatutnyer ayah nak pi sehari lagi awal tapi mama aku ckp awal sgt. Org ada bnyk keje len. Mama aku nak pi bertolak petang khamis kira tido dlam bas. Tapi ayah ckp, org yg tua2 mesti nak rehat sepenuhnyer. So, ayah ckp perjalanan tue rancangan dia tapi tertakluk kepada permintaan rmai. Mereka akan menaiki bas sekolah yg baru, kiranyer selesa dan beraircondlah. Cousin aku akan bergilir2 membawa bas tue... Aritu aku ckp kat ayah homestay kat alor setar dah penuh smpai bulan 8 (sumber dari tunang aku). So, ayah aku bertnyakan kawan2 nyer yg berada di Alor Setar. Homestay yg Kg Ganding tue kawan dia lah yg dptkan.. So, settle satu perkara alhamdulillah.

17/06/2010 (Khamis)
  1. 6 a.m - Perjalanan Serkat - Alor Setar
  2. 6 p.m - ke homestay (Kg Ganding)

18/06/2010 (Jumaat)
  1. 8 a.m - sarapan
  2. 9 a.m - ke Arau, Padang Besar
  3. 4 p.m - homestay Kg Ganding

19/06/2010 (Sabtu)
  1. 8 a.m - sarapan
  2. 9 a.m - Pekan Rabu
  3. 12 p.m - homestay
  4. 2 p.m - rumah pengantin

Wednesday, February 17, 2010

~KoS pErBeLaNjAaN~

Kos Perbelanjaan setakat 17/02/2010

Item

Harga

Status

Bridal Kedah

2500

Settle - MFS

Bridal Johor

3300

Deposit RM500 - NZ

Photographer Kedah

Photographer Johor

1400

2000

RM400 - NZ

RM 300 - NZ

Kad Org Bdr (uhuk)

1600

Settle - MFS

Kad Org Kg

300

Settle - NZ

Dulang Hantaran (Tarqouis)

Dulang Hnataran (Merah)

267.20

282.60

Settle

JUMLAH

RM 11,649.80

Wwwhhhaaattt?!?!?!

Sadaqallah

~PhOtOgRaPhEr~

Alhamdulillah... Lagi satu perkara telah selesai. Aku tertarik dgn gmbr yg diambil oleh teman mayaku Ustaz Firdaus. Actually aku takder lah suka sgt hasil kerja dia. Cuma aku terfikir, mcm tak bes wat dua storybook tapi baju nyer cuma satu atau dua. Kalau bnyk2 baju, cantiklah sket. so aku fikir klu mik sorg jer fotografer utk kedua2 majlis mcm lagi bes kot. Hmmm, pastue aku pun bertnya lah kepada Ustaz.. At first, aku mmg dah tak nak amik sebab aku rsa mcm mahal sgt. Lepas bincang2, tunang aku bersetuju utk mengambil Pakej A dan Pakej C. Kelebihan Pakej A cuma pada custom album. Ustaz dah ckp custom album tue letak outdoor kedua2 belah tempat. Alhamdulillah aku sgt berpuas hati dgn keputusan tunang tersayang.


Pakej A

Pakej C

RM 2600

RM1500

1 Mock-up 4R Black Sticky Album 13’x13’ (120 images)

1 Mock-up 4R Black Sticky Album 13’x13’ (120 images)

1 DVD (All images)

1 DVD (All images)

Unlimited hours coverage

Unlimited hours coverage

Free outdoor Shooting (Portraiture)

Free outdoor Shooting (Portraiture)

Free Couple Name in Arabic Calligraphy

Free Couple Name in Arabic Calligraphy

1 story album 10’x15’ (22 pages fully design

Monday, February 15, 2010

~KuRnIaN yG x T'nILaI~

Benarlah firmanNYA. ”Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah”. (ad – Dzariyaat : 49) . Ya, semoga perhubungan ini akan lebih mendekatkan diri ini kepadaMU. Sebelum ini, segala keputusan yg aku buat adalah keputusan yg dtg dari diriku sendiri. Ayah n ibuku memberi sepenuh kepercayaan pada aku utk rancang kehidupan aku n membuat apa2 keputusan utk diriku sendiri. Walaupun selama ini, aku rsa mcm aku leh wat sumer benda sendiri, aku rsa aku leh wat keputusan sendiri.

Maha Besar ALLAH Yg Maha Mengetahui segala sesuatu... Aku mmg HambaMU yg lemah. KAU lebih tahu mana yg terbaik utkku. Kau mengurniakan aku seorg lelaki yg begitu sempurna pada pandangan mataku, utkku mengharungi mehnah dunia ini. Aku telah mula menyedari aku begitu memerlukan seseorg dlm membuat keputusan dan utk berbincang. Aku telahpun berhijrah dari perangai lamaku dimana aku akan bertnya pada 'dia' utk membuat sesuatu keputusan. Bukan disebabkan dia suamiku, maka aku wajib bertnyakan keputusannya (utk masa sekarang). Tetapi, aku mmg sgt2 memerlukan keputusan dia, Alhamdulillah aku sgt berpuas hati ngan segala keputusannya. Aku realize aku sgt ingin bergantung padanya semasa dia dtg JB. Hmmm Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH kerana kurniaan yg tak terhingga ini.

~PlAnNeR 2~

Aku akan editkan apa2 plan nie pada ~PlAnNeR~ 1st edition. Cumanyer kat 1st ed. tue dah bnyk sgt, so update kat sini lagi nmpk. Master plan nyer di 1st ed. ek.. Utk harini aku sgt gembira kerana settle lagi satu urusan aku iaitu barang2 hntaran. Terima kasih yg tak terhingga utk tunang tersayang. Penambahan planner :-

  • Cadar - oleh kerana kedua2 belah tmpat tak menyediakan cadar pengantin, maka aku bercadang utk membeli cadar pengantin. Aku taknak cadar yg berkilat2 tue... Nak cadar off-white. Aku nak tgk bla offer aku nak bli. Budget utk cadar nie RM300. Kat Jusco pun ada. Bila J-Card day, murah... So, aku harap cadar nie leh r digunakan utk bilik pengantin di kedua2 belah tmpat.
  • Pengapit - Utk belah Johor, perempuannya aku dah nego ngan anak buah aku, Ayu. Pengapit lelakinya adalah member tunang aku. Andainya member dia takleh, aku nego ngan anak buah aku lagi sorg, Ail. Utk belah lelaki, aku tak pasti sape yg akan jadi pengapit. Andai kata tunang aku takder member yg leh dijadikan pengapit, aku ingat nak minta kak Dayo yg tinggal di Sungai Petani. Pape, ti aku tnya kat tunang aku.

Senarai hantaran


Memandangkan tunang aku nak buat hantaran yg eksklusif, jadi bilangan dulangnya terpaksa dikurangkan untuk memuatkan semua hantaran dalam budget. Uhuk. Dari 11 dulang berbalas 13, dikurangkan menjadi 9 dulang berbalas 11 dulang. Still considered byk gak tu, tp kalo dikurangkan lagi alamat barang-barang yg dibeli tu tak masuk list la. So, finalnye bilangan dulang hantaran kami adalah 9 dulang dari lelaki berbalas 11 dulang dari perempuan.

Dan memandangkan jugak kepada hantaran bertunang kami 7 berbalas 9 yg banyak makanan, maka untuk dulang hantaran nikah ni aku decided sendiri-sendiri je untuk tidak memasukkan makanan ke dalam senarai. Nasi kenduri dah ade. Sirih pun bleh makan gak ape? Haha. So, berikut adalah senarai barang-barang yg terpilih untuk menyertai hantaran kami iaitu:

Daripada Lelaki Kepada Perempuan:
Jumlah Dulang: 9
Tema warna: Turqouise dan putih

  1. al-Quran: Ini adalah sebenarnya mahar. Tetapi akan dibincangkan sekali lagi sekiranya mahar wang akan ditukarkan kepada mahar al-Quran. Jika menggunakan mahar wang, al-Quran ini tetap ada sbg hantaran pertama dan diletakkan dalam dulang yg sama bersama mahar wang.
  2. Sirih junjung: Ini sebagai meraikan adat masyarakat Melayu Negeri Kedah (negeri aku.. bangga woo) yg mana pihak lelaki yg bertanggungjawab memberikan sirih junjung.
  3. Cincin nikah & Wang hantaran RM 10101.01. Perbincangan awal menetapkan cincin ini dari emas putih.
  4. Telekung dan sejadah
  5. Peralatan solek
  6. Minyak wangi
  7. Beg tangan
  8. Kasut
  9. Jam


Dari pihak Perempuan kepada Lelaki
Jumlah Dulang: 11
Tema warna:
Merah dan putih

  1. al-Quran: Sebagai membalas hantaran mahar al-Quran dari pihak lelaki
  2. Sirih adat: Sirih adat diberi bagi membalas sirih junjung pihak lelaki.(Aku tak tau la ada ke tak sebelah perempuan bagi sirih; sebab tempat aku hanya lelaki yg bawa sirih.. Kalo takde ni kire melanggar adat le kot.. hahaha)
  3. Cincin nikah: Memandangkan cincin pihak perempuan dari emas putih, cincin pihak lelaki pula dari perak tulen agar warnanya sama putih.
  4. Baju kemeja dan tali leher
  5. Set mandian
  6. Minyak wangi
  7. Buku
  8. Kasut
  9. Jam
  10. Dompet dan Talipinggang
  11. Komputer riba

Sekian, terima kasih. Setuju? hehe..



Sunday, February 14, 2010

~BeG sOuVeNiR~

Aku dah bincang ngan mama aku. Ok juga plan nie... Apa yg kitorg plan adalah, utk sumer kanak2, kami akan bagi beg mcm nie berisi alat tulis. Alat tulis kat mydin tersangatlah murahnyer... Nanti aku akan servey. Aku budget, sorg dpt alatulis dlm rm0.50. Budget utk 1k budak, so budgetnyer rm500. Kalau tak alatulis nie, beli jajan utk mereka.



Beg mcm nie harganyer 35sen satu. Mama ckp, sumer org dpt beg nie. Taknak ada yg kecik hati. So, utk setakat ini, perancangan utk isi dalam beg ini adalah telur dan bahulu. Mungkin akan beli kotak souvenir yg rm0.60 tue utk diisi didalamnya. Utk org dewasa nie, budget utk seorg rm1.00. So kalau 1K, budgetnyer 1000.

p/s : Budget utk souvenir nie kami anggarkan RM2k. Nie anggaran awal, so nanti bulan 5 bla dah tetap sumer, baru beli brg. Utk di Kedah, aku rsa souvenir nie, eloklah klu aku belikan. Nanti leh angkut lik Kedah lepas majlis di Johor.

~SoUvEnIr~

Semalam aku pi Ayer Hitam ngan mama n ayah aku tgk2 brg. Aku rasa ok lah juga barang2 kat sini. Antara barang2 yg aku tgk adalah :



Berharga RM1.00 per pax


Berharga RM1.30 per pax




Berharga RM1.00 per pax


Berharga RM0.60 per pax


Berharga RM1.30 per pax (mama aku nak yg nie). Kalau beli 1k leh dpt RM1 per pax. Besar juga kotak nie. dalam dia pun cantik. Mama ckp beli 1k jer, budak2 bagi jajan..

Tuesday, February 9, 2010

~ZeRo~

Hmmm... Harini aku rasa sgt2 sedih. Aku dah takleh handle kesedihan aku... Kenangan2 lama mengganggu mindaku.. Sukarnyer mencapai bahagia... Pasti segalanya berhikmah. Semoga aku bisa mentarbiyah diri ini menjadi hamba yg taat pada perintahMU..

Terkadang aku rsa lelah, terkadang aku sendiri tak pasti apa yg aku mahu dlm hidupku. Aku tertanya2, mengapakah tempoh pertunangan ini tidak kami gunakan sebaik mungkin utk perkara2 yg lebih berfaedah. Ya ALLAH, ampunkanlah hambaMU ini. Aku rasa sgt lelah, aku rasa sgt sedih dan pelbagai perasaan yg aku rsakan sehingga aku pun tak mengerti apakah perasaan itu...

Sunday, February 7, 2010

~PeLaMiN~

Masa aku lik umah hujung minggu baru nie, mama aku ckp ada cikgu kat sekolah dia punya pelamin cantik. Mama aku siap letak dlm pendrive dia lagi gmbr pelamin cikgu tue... Tunjuk kat aku ngan harapan aku nyer pelamin pun terkini gak (agaknyer lah tue harapan dia uhuk). Sib baik lah pelamin kitorg ala2 mcm nie sket. Time kasih kepada tunang tersayang kerana membuat keputusan yg sgt bijak...






Hmm... Aku sgt terkilan kerana tidak mengambil gmbar pelamin di Adli Bridal tue... So, aku attach kan gmbr di Romzy yg aku dpt tangkap utk pelamin di Kedah...


Aku sgt suka bilik tido dia. Pelamin dia pun cantik lain dari yg lain, tapi tetiba aku rsa mcm pendek plak pelamin nie...

Friday, February 5, 2010

~5 FeB 2010~

Harini ada seminar SLT kat campus... Petang tue aku ingat nak lik lmbt ngan kak tip sebab bnyk sgt keje kat ofis. Tapi Suzi plak dtg tnya pasal nak pajak gelang kat mana. Aku pun bukannyer tau sgt. Tepon dyat, dyat ckp kt kompleks pusat bandar ada pusat ar-Rahnu J-corp punya... So, kul 530 kami pun berangkat ke sana...

Pi spusat bandar ngan kak iza (Admin exec). Pastue borak2 dari kul 6 smpailah maghrib, aku bersolat di surau, mereka yg tak solat tue stil borak lagi. Balik dari solat maghrib, borak lagi... pastue dah nak dkat kul 9, cousin aku call minta tolong jaga anak2 dia, dia ada emergency. Aku pun pi umah dia jagakan anak dia...


Aku terasa ingin berborak2 ngan tunangku.. Tapi dia bz plak kemas bilik. Takperlah, aku tak nak ganggu dia... Kat dunia nie, tak sumer keinginan kita akan tercapai... Semoga ALLAH memberi kesabaran tak berbelah bagi dlm jiwa ini.. Amin.

Hmmm... Sepatutnyer harini aku lik kampung. Rindu kat mama aku. Tapi bla memikirkan aku teringin sgt berborak ngan tunangku, aku tak jadi blik kg sbb kat kg line slow. Harini mmg aku tak dpt mengawal kesedihanku, so aku rasa esok better aku lik kg. Biarlah apa nak jadi, aku dah try utk memperbaiki keadaan, tapi tak berjaya... Setiap tindakan yg aku lakukan kelihatan sumbang sama sekali. Aku sudah tawar hati...

Bersaksikan keheningan malam pada malam ini... Aku sudah tawar hati utk berchatting. Chatting tidak selamanya mendatangkan kebahagian seperti dahulu, malahan ia menyebabkan perbalahan dan melukakan hati. Aku akan menutup facebook ku utk selama2nya. Sekian dlu utk kali ini. Hati ini sgt terluka dan tiada ubat yg bisa menyembuhkannya. Maafkan diri ini yg sering melukakan.

~Planner~

1. Tarikh (Finish)
  • 12 Jun 2010 (umah pengantin pompuan. Nikah pada malam 11 Jun)
  • 19 June 2010 (Rumah pengantin lelaki)

2. Bridal Kedah (April)
  • Akan disettlekan pada bulan April.
  • Planning - Baju tarqouis, Pelamin n bilik tido Pagola.

3. Bridal Johor (Finish)
  • Akan pergi fitting pada bulan Mei (baju pengantin pompuan & Baju Nikah)
  • Baju warna merah hitam
  • Pelamin ada sarang burung

4. Kad Kahwin (Finish)
  • Kad kahwin exclusive (order pada 13.02.2010), beriben coklat
  • Kad kahwin budget order pada 17.02.2010.

5. Door Gift (May)
  • Beg beli di Ayer Hitam utk kedua2 belah pihak
  • Tempat telur dlm consider
  • Ni bleh settle April rsanyer

6. Dokumen Perkahwinan (April)
  • Akan disettlekan selepas tunangku mnghadiri kursus kawen
  • Target siap akhir bulan April

7. Dulang Hantaran (May)
  • Hantaran aku akan pastikan siap pertengahan May
  • Aku akan cari beberapa hantaran yg sgt menarik perhatianku, biar simple tapi nampak exclusive. Hantaran yg telah kami persetujui ialah :
  • Kak Dayo akan dtg pda bulan Mac utk membuat hntaran

No

Utk Lelaki (turqouis + putih)

Utk Perempuan (merah + putih)

1

Al-Quran

Al-Quran

2

Sirih Adat

Sirih Junjung

3

Cincin

Cincin nikah

4

Baju + Tie

Telekung + Sejadah

5

Set mandian

Make up

6

Minyak Wangi

Minyak Wangi

7

Buku

Beg Tangan

8

Kasut

Kasut

9

Jam

Jam

10

Purse & Talipinggang

11

Laptop




8. Duit Hantaran
  • Duit hantaran nie aku tak nak masuk campur. Nie biar family yg settlekan...


9. Makanan (May)
  • Kedua2 belah akan diuruskan oleh family. Apa2 update dari family akan kami updatekan disini.

10. Other matters
  • Perjalanan - Keluarga dari Johor akan datang ke Kedah pada petang 17 June. 18 June mereka akan berjalan2 disana (xtau apa plan diorg). Pastue malam 18 June tue tido di homestay kat Kampung Ganding. Ayah tempah 2 biji homestay. Selepas majlis keesokan harinya diorg terus lik Johor.
  • Baju - Mama ckp, suruh belikan baju utk family aku ngan makcik2 aku. Warna merah plain ngan kain mcm batik2. Utk cousin2 tak yah lah. Tapi tadi pi umah maknak diorg ckp diorg nak pkai baju sama gak. Means warna sama n tudung hitam. Aku dgrkan ajelah, diorg dah semangat, aku ikut jerlah uhuk... So, baju utk family aku nie, aku nak beli pada akhir bulan nie. Servey dlu

  • Cadar - oleh kerana kedua2 belah tmpat tak menyediakan cadar pengantin, maka aku bercadang utk membeli cadar pengantin. Aku taknak cadar yg berkilat2 tue... Nak cadar off-white. Aku nak tgk bla offer aku nak bli. Budget utk cadar nie RM300. Kat Jusco pun ada. Bila J-Card day, murah... So, aku harap cadar nie leh r digunakan utk bilik pengantin di kedua2 belah tempat.

  • Pengapit - Utk belah Johor, perempuannya aku dah nego ngan anak buah aku, Ayu. Pengapit lelakinya adalah member tunang aku. Andainya member dia takleh, aku nego ngan anak buah aku lagi sorg, Ail. Utk belah lelaki, aku tak pasti sape yg akan jadi pengapit. Andai kata tunang aku takder member yg leh dijadikan pengapit, aku ingat nak minta kak Dayo yg tinggal di Sungai Petani. Pape, ti aku tnya kat tunang aku.
p/s : Sekian dlu utk kali ini, apa2 update, aku akan informkan. Ya ALLAH, permudahkan lah urusan kami ini ya ALLAH.... Amin. Kepada tunang tersayang :- I LOVE U.

Tuesday, February 2, 2010

~PeRfEcT~

And now I tried hard to make it,
I just want to make you proud.
I'm never gonna be good enough for you,
And you cant change me

*Chorus*
Cuz we lost it all,
Nothing lasts forever.
I'm sorry i cant be
Perfect
Now its just too late,
And we cant go back.
I'm sorry Icant be
Perfect

I try not to think about the pain i feel inside,
Did you know you used to be my hero?
All days you spent with me
Now seem so far away,
And it feels like you don't care anymore
I try hard to make it
I just want to make you proud.
I'm never gonna be good enough for you.
I cant stand another fight,
And nothings alright

*Chorus*

Nothings gonna change the things that you said,
Nothings gonna make this right again.
Please dont turn your back,
I can't believe its hard just to talk to you
but you dont understand

*Chorus* X 2
Now its just too late,
And we cant go back
I'm sorry i can't be
Perfect

~NoThInG tO sAy~

Tetiba jer aku rasa sedih mlam nie... Tetiba jer aku takder mood. Keinginan utk berborak2 tetiba padam sama sekali. Mungkin kerana kesilapan aku yg berulang2 itu membuat si dia tak berkeinginan utk berborak2 dgnku. Hmmm, ya ALLAH, tabahkan lah hati ini. Aku betul2 rsa down dan sgt kecewa.

~2 FeB 2010~

Dah lama juga tak menaip dalam blog nie... Hujung minggu baru nie aku telah pergi ke Kedah utk menyelesaikan beberapa urusan, tetapi akhirnyer kami mendapati keputusan yg kami buat tidak tepat huhu.. pasti ada hikmah disebaliknyer. Pagi tadi aku berjogging pada jam 615 pagi bersama housemate aku. Harini aku rasa sedikit segar...

Hmmm... camane ek nak ckp. Aku rasa, makin lama aku kenal tunang aku, makin aku rasa syg kat dia. kekadang aku saje nak wat dia marah, tapi dia still cool walaupun dia marah huhu... Hmmm, aku dpt merasakan indahnyer sesuatu perhubungan yg bermula selepas ada ikatan, walaupun hanya pertunangan. Apatah lagi perhubungan yg bermula selepas ikatan perkahwinan. Apa yg pasti, masih bnyk lagi kami perlu belajar utk mengenali antara satu sama lain. Banyak perkara perlu kami kongsikan... Erti hidup pada memberi. Tak ada apa yg dpt kuberikan pada bakal imamku ini melainkan kasih sayang dan kesetiaan insyaALLAH.