Monday, February 15, 2010

Senarai hantaran


Memandangkan tunang aku nak buat hantaran yg eksklusif, jadi bilangan dulangnya terpaksa dikurangkan untuk memuatkan semua hantaran dalam budget. Uhuk. Dari 11 dulang berbalas 13, dikurangkan menjadi 9 dulang berbalas 11 dulang. Still considered byk gak tu, tp kalo dikurangkan lagi alamat barang-barang yg dibeli tu tak masuk list la. So, finalnye bilangan dulang hantaran kami adalah 9 dulang dari lelaki berbalas 11 dulang dari perempuan.

Dan memandangkan jugak kepada hantaran bertunang kami 7 berbalas 9 yg banyak makanan, maka untuk dulang hantaran nikah ni aku decided sendiri-sendiri je untuk tidak memasukkan makanan ke dalam senarai. Nasi kenduri dah ade. Sirih pun bleh makan gak ape? Haha. So, berikut adalah senarai barang-barang yg terpilih untuk menyertai hantaran kami iaitu:

Daripada Lelaki Kepada Perempuan:
Jumlah Dulang: 9
Tema warna: Turqouise dan putih

  1. al-Quran: Ini adalah sebenarnya mahar. Tetapi akan dibincangkan sekali lagi sekiranya mahar wang akan ditukarkan kepada mahar al-Quran. Jika menggunakan mahar wang, al-Quran ini tetap ada sbg hantaran pertama dan diletakkan dalam dulang yg sama bersama mahar wang.
  2. Sirih junjung: Ini sebagai meraikan adat masyarakat Melayu Negeri Kedah (negeri aku.. bangga woo) yg mana pihak lelaki yg bertanggungjawab memberikan sirih junjung.
  3. Cincin nikah & Wang hantaran RM 10101.01. Perbincangan awal menetapkan cincin ini dari emas putih.
  4. Telekung dan sejadah
  5. Peralatan solek
  6. Minyak wangi
  7. Beg tangan
  8. Kasut
  9. Jam


Dari pihak Perempuan kepada Lelaki
Jumlah Dulang: 11
Tema warna:
Merah dan putih

  1. al-Quran: Sebagai membalas hantaran mahar al-Quran dari pihak lelaki
  2. Sirih adat: Sirih adat diberi bagi membalas sirih junjung pihak lelaki.(Aku tak tau la ada ke tak sebelah perempuan bagi sirih; sebab tempat aku hanya lelaki yg bawa sirih.. Kalo takde ni kire melanggar adat le kot.. hahaha)
  3. Cincin nikah: Memandangkan cincin pihak perempuan dari emas putih, cincin pihak lelaki pula dari perak tulen agar warnanya sama putih.
  4. Baju kemeja dan tali leher
  5. Set mandian
  6. Minyak wangi
  7. Buku
  8. Kasut
  9. Jam
  10. Dompet dan Talipinggang
  11. Komputer riba

Sekian, terima kasih. Setuju? hehe..



No comments:

Post a Comment