Monday, June 7, 2010

~HaNtArAn DaRi SyG~

Akan ditouch up lagi...







Wednesday, June 2, 2010

Saturday, May 8, 2010

~SoUvEnIr~

Nie adalah souvenir yg aku akan bagi pda tetamu yg hadir. tgk dari bawah ke atas yer gmbr nie..
Nie lah


nie gmbr pmndangan di pintu masuk dorm tersebut


nie bilik ada 2 katil n leh minta tilam lebihan


nie gmbr bilik air dia bnyk. tapi kena keluar dari bilik. dia asingkan bilik air lelaki n bilik air permpuan.


Wednesday, May 5, 2010

~05.05.2010~

Semakin dekat masa utkku menempuhi alam perkahwinan, semakin aku tertekan. Ntahlah sumenyer serba xkena. Malam nie aku nak pergi satu tmpt dgn hrapan leh naikkan semangat aku. Aku harus mencari kekuatan utk meneruskan perhubungan ini. Ya ALLAH bantulah hambaMU, hanya kpdMU aku berserah. amin...

Wednesday, April 21, 2010

~20 ApRiL 2010~

Dah lama aku tak posting.. Utk kesian kalinya aku berasa amat sedih pada malam ini. Ntah lah... Mungkin pada pandangan matanya aku tak pernah sempurna. Ada saje kesalahan aku yg tak kena dimatanya.

Peristiwa dia dtg JB, aku dimarahi krna tidak mengingatinya semasa drive. Aku bukan takmo sms dia, tapi aku assume dia nak cpat smpai ke JB kul 6 pagi so dia kena fokus drive. andai dia mahu aku sms dia pun, apa salahnyer sms aku dlu. hina sgt ker nak sms aku pun.. minggu sbelum tue, pernah juga aku sms dia masa dia pi temerloh tapi dia tak blas. msa tue aku bimbang sgt smpai takleh nak tdo pdahal esoknyer tue aku ada exam ptd.

Hmmm, xperlah... Harini pun aku sms dia tnya dia kt mna etc. see, dia xblas. xperlah aku assume dia tgh drive walaupun dari thati tadi aku sms. xder khabar berita, mgkin aku xpnting bginya. nanti tnya lbih2 kena marah. aku tak tau dlm perhubungan nie aku nak watper... semuanya aku yg salah... aku tnya dia watper, dia ckp dia tido. tpi aku tgk fb dia ada bgi komen kat org 49minit yg lalu. sedihnyer aku... Susah sgt ke nak ckp dia oline.

Memang aku bnyk salah.... Carilah salah aku & kumpullah setinggi langit, catatlah setiap kesalahan aku. Utk kesian kalinya aku rsa lemah tak terdaya... Aku rsa rendah diri dan tekanan perasaan yg amat sgt. Ya ALLAH beri aku kekuatan.

Friday, April 2, 2010

~RiNtIhAn HaTiKu~

Utk kesian kalinya aku sgt sedih pda malam ini. Aku mengalami tekanan yg maha hebat. Semangatku terbang ntah kemana dan aku benar2 putus harap. Aku tak nmpak jalan penyelesaiannya. Hati masing2 sudah mati so utk apa teruskan. Dan kesekian kalinya aku betul2 nekad utk menamatkan perhubungan ini dgn harapan dia akan berjumpa dgn insan yg lebih baik dariku dan yg penting sekali dapat membahagiakan dia. Betul kata org, jika kita sygkan seseorg, kita sanggup lakukan apa sahaja utk membahagiakan dia. Sekian dlu penulisan aku di blog ini. Biarlah sumenyer tinggal kenangan. Kenangan yg terindah.

Thursday, March 25, 2010

HiAsAn HaNtArAn

Alhamdulillah akhirnyer aku ketemukan juga bakul hantaran yg aku suka. Dari awal aku mmg suka ngan bakul sarang mcm kat bawah nie. Ianyer hanya ada dalam bayangan aku, sehinggalah aku nampak gmbr tue diddler internet tepak sireh. aku sgt teruja dan menunjuk kepada tunang aku. dia pun suka.

Pastue aku nampak lah bakul rod iron g bagi aku cantik. aku belum penah tgk lagi kat mna2. aku tnya org kedai tue dia ckp takder lagi org amik benda nie satu set. biasanyer org beli bakul nie utk letak buah jer... Aku sgt tertarik dan mengenakannya dgn warna merah. Setakat harini aku tak sempat lagi nak menyiapkan hantaran aku nie. insyaALLAH minggu depan. Alhamduilllah kerana aku akan menyiapkannyer sendiri.


Kedai pengantin tue ckp, klu aku tempah kat diorg, satu decoration tue rm90. bayangkan, baul tue aku amik 8 biji, rod iron tue 6 biji. jumlah sumer 14 biji. nie bermakna klu diorg buat aku terpaksa mengeluarkan belanja sebanyakrm1260. sungguh banyak... andaikata aku minta tolong sorg kakak nie buat, dia ckp utk buat bunga dah rm500. utk beli bakul rm500 dan dia punya perbelanjaan kesini dari kedah pastinyer aku yg tanggung. makan sumer, pastinyer rm500. klu aku minta bantuan dia pastinyer rm1500 melayang. Alhamdulillah syukur kerana ALLAH telah memudahkan urusanku.

Petang tue aku pi ke Ayer Hitam utk tgk2 barang bersama sahabat baik aku. rod iron nie 2 kali ganda dgn harga di JB. Balik tue, terus singgah jacquelin. Dyat menyokong pilihan aku, dan memberi cadangan2. Alhamdulillah selesai. Cumanyer pada awal2 nak buat keputusan tue, aku terfikir, aku nak bagi hntaran warna biru or merah. aku tnya dyat dia ckp kebiasaannyer warna hantaran ikut warna baju pompuan. aku tnya tunang aku pun dia kta yg sma. dia dh ckp muktamad dia yg bagi aku warna biru. aku terfikir pula, klu tunang aku nak dtg berarak tue, dia pkai baju merah. cam tak cantik plak klu family dia kat belakang bawa hantaran biru. pastue aku fikir lagi, klu tunang aku bawa hntaran warna merah lik kedah, tentunya tak cantik sebab dia punya tema warna biru. Alhamdulillah tunang aku leh tolak ansur walaupun berat hti..

Wednesday, March 24, 2010

~CaDaR~



Beberapa minggu lepas, beli cadar kat Seremban. dalam perjalanan pi Sungai Buloh umah maklong singgah kat jusco seremban. pastue ayah belikan cadar utk majlis... nape tah gmbr nie takleh nak tegak...

~BeNgAnG # 2~

Harini aku sgt bengang ngan roomate aku. toilet aku sgt busuk. i cant handle it anymore. selalu dia tinggalkan underware dia kat atas mangkuk tandas. bau yg sgt busuk seperti bau kencing.. aku tak kisah lah nak letak dlm bilik air sekalipun. tapi klu dah 2 3 minggu tue apa maknanyer? aku dah masuk kan dalam air sabun bagi wangi, tak basuh2 juga. klu sekali dua takperlah, nie setiap kali. tak sunat agaknye smpai terkencing2 kat seluar. dah lah kencing kat lantai. melampau sungguh. aku yg org kampung nie bapa aku dah ajar dari kecil, buang air kecik dlam tandas.

Setiap minggu aku yg basuh tandas... dia tak pernah sekalipun basuh tandas. cuma minggu lepas tak sempat nak basuh sbab balik kampung. nie gmbar yg aku amik minggu lepas. aku pantang betul dia letak plastik sampah kat situ. aku yg selalu buang klu dah busuk. klu harapkan dia 3 4 minggu pun tahan lagi. kekadang ada pad darah lah.. gmbr bawah nie gmbr baju dia yg longgokkan tue. sah 2 minggu, aku tak tahan, aku basuh kan masuk dlam mesin siap letak downy. pastue aku yg sidai n angkat. dia wat tak tau jer. weh, klu ko tue husband aku leh r aku basuh sumer tue.. aku tak jagalah pkaian ko...

kat bawah nie gmbr meja cermin aku. hari2 aku kemas meja cermin nie, hari2 gak dia sepahkan. aku paling baran letak plastik smpah bawah rak nie. dan setiap kali itulah, barang2 dia terbuka, aku yg tutupkan. bedak tak tutup, air contact lense tak tutup. bekas contact lense ada 2 3 tapi tak tutup juga. pening aku ngan minah nie... ape punya anak dara lah. nama jer model.

~FiNaLiS fOtOgRaFeR~

Akhirnya aku dpt gk tmpah gak photographer.

1. belah johor mik ngan trisno , harga RM2000. Pakejnyer
  • 1 pc custom album berkualiti tinggi saiz 10x12 inci, 30 m/s
  • 1 pc photo saiz 18x20 + frame
  • semua softcopy photo
2. kat kedah kitorg mik asmady, harga RM1400. Pakejnyer
  • One 8 x 12in custom storybook album
  • 4R album with 200 4R prints.

Thursday, March 18, 2010

~FoToGrAfEr~

Huh... Aku sgt lah tension ngan ustaz yg wat endah tak endah jer nie... Aku tanya dia soalan, smpai berhari2 baru blas... tue pun klu aku tnya lah. klu aku tak tanya dia tak blas punya.

Petang nie aku agak free, so aku tepon org2 yg aku jumpa...
1. Aku tertarik giler ngan satu photo kat jb nie... http://arazzs.fotopages.com/ aku call dia tapi dia kata dah full pada haritu... xperlah mungkin bukan rezeki aku... nanti2 anniversary kita pun kita leh amik kan abg... ihik..

2. Aku call satu org abg nie.. http://photographerz.fotopages.com/?&page=0 . dia ckp takder job pada hari tersebut. dia suruh tgk dia nyer blog http://www.hasnizamphotography.com/ ckp pakej yg kita nak. aku ckp lah klu alor setar brp caj transport. dia ckp takder. aku ckp klu nak wat 2 hari mcmana. dia ckp bese org wat satu hari. pastue aku ckp lah aku nak wat 2 hari. dia ckp oklah, ti bagi emel kat dia ti mlam ni dia balas.

3. Aku call sorg abg nie.. http://my.88db.com/my/Views/postDetails.aspx?PostID=60156 dia kat alor setar. dia ckp pakej dia RM1500 dpat 1 keping gmbr 8R, 1 keping gmbar 11R, CD soft copy yg diedit sumer. 1 album story book size 8' x 12'. Dia ckp outdoor mmg dia wat hari lain. sebab dia kta dia tgk cuaca mcamana. tkut pada hari nak amik gmbr tue hujan. Aku tak dpt tgk design storybook dia sbab dia kta klu nak pi alor setar tgk. aku tgk blog dia nie ada gmbr cina. bese klu org melayu org cina amik, dia nyer gmbr bagus. tpi aku tgk cam bese jer... hmmm...

4. Asmady : aku bgi msg kat dia kat fb. dia nyer facebook dan blog

Noza Fs March 18 at 7:29am
abg, ada org book tak 19.06 kat alor setar. saya nak quo utk 19.06 majlis n 20.06 outdoor. tq
Asmady Ahmad March 18 at 7:46am
19/6 sy msh free lagi. nora blh tgk pricing sy di www.studioaston.com bhg wedding. ada pricing link kt situ. nora just pilih pakej mana yg berkenan & kita blh discuss :)

Ish malasnyer aku nak copy paste bnyk2 kali. Abg buka fb za tgk kat message dia.

5. Aku tepon gak saiful nang tapi tak angkat lah office dia, dah lik umah kot.


Saturday, March 13, 2010

Checklist

1. WARNA / TEMA HARI TERPALING BAHAGIA :

JoHoR
1. Nikah : Off white
2. Bersanding : Hitam + Merah
3. Khatam Al-Quran : Putih
4. Bilik Pengantin : Merah + Putih

KeDaH
1. Bersanding : Turquoise + Putih
2. Bilik Pengantin : Turqoise + Putih


2. HANTARAN

UnTuK pErEmPuAn (MeRaH pUtIh)
1. Al-Quran (DoNe!)
2. Sirih Junjung
3. Cincin & Wang hantaran
4. Telekung & Sejadah
5. Make up (DoNe!)
6. Perfume (DoNe!)
7. Handbag (DoNe!)
8. Kasut (DoNe!)
9. Jam (DoNe!)

UnTuK lElAkI (Tarqouis + Putih)
1. Al-Quran
2. Sirih Adat
3. Cincin - April
4. Baju Kemeja & Tali Leher (DoNe!)
5. Shower set (DoNe!)
6. Perfume (DoNe!)
7. Buku
8. Kasut (DoNe!)
9. Jam (DoNe!)
10. Purse & Belt
11. Laptop (DoNe!)


3. URUSAN PERNIKAHAN

1. Kursus kahwin - (DoNe!)
2. HIV test - April
3. Submit borang kahwin Kedah - awal April
4. Submit borang kahwin Johor - akhir April
5. Inform tok kadi


4. AKAD NIKAH

1. Bridal - (DoNe!)
2. Inai - sebelum nikah
3. Make up Nikah - (DoNe!)
4. Pelamin dalam rumah - (DoNe!)
5. Baju Za - fitting
6. Baju Syg - April
7. Baju Ayah Pengantin
8. Baju Mummy Pengantin
9. Makanan Majlis Nikah
10. Door Gift & Duit – untuk jurunikah (special)
11. Door Gift – untuk 6 orang saksi
12. Door Gift – untuk semua tetamu (approx 50 orang) -


5. KHATAM ALQURAN

1. Waktu majlis - SELECTED!
2. Al- Quran + Rehal
3. Baju adik2 wrna putih


6. 12 Jun 2010

1. Waktu Bersanding - 2.30 ptg
2. Bridal - (DoNe!)
3. Make up - (DoNe!)
4. Baju Bersanding (DoNe!)
5. Baju untuk ayah za (DoNe!)
6. Baju untuk mama za (DoNe!)
7. Baju untuk ahli keluarga za (DoNe!)
8. Baju untuk bridesmaid
9. Baju untuk 2 flowergirls (??)
10. Tukang Masak
11. Masakan Majlis Bersanding
12. Canopy, meja + kerusi
13. Set buffet + alat masak + dll
14. Bunga manggar
15. Kendarat
16. Corsage untuk kendarat
17. Hiasan Meja Makan Damai & Hiasan Meja Kek - DONE!
18. Kek pengantin
19. Tukang Masak Makanan Meja Makan Damai
20. Makanan Meja Makan Damai
21. PA system
22. Photographer (DoNe!)
23. Kompang
24. Door Gift- Untuk semua tetamu (approx 2000)
25. Door Gift – Untuk kiddies (approx 500)
26. Door Gift- Untuk kiriman jemputan tak dapat hadir (approx 50)
27. Door Gift – tetamu istimewa (approx 200)
28. Outdoor - Tanjung Piai



7. 19 Jun 2010

1. Waktu Bersanding - to be verified
2. Bridal - (DoNe!)
3. Make up - (DoNe!)
4. Baju Bersanding - fitting april
5. Baju untuk ayah syg - in process
6. Baju untuk mama syg - in process
7. Baju untuk ahli keluarga syg- in process
8. Baju untuk bridesmaid -
9. Baju untuk 2 flowergirls (??)
10. Tukang Masak
11. Masakan Majlis Bersanding
12. Canopy, meja + kerusi
13. Set buffet + alat masak + dll
14. Bunga manggar
15. Kendarat
16. Corsage untuk kendarat
17. Hiasan Meja Makan Damai & Hiasan Meja Kek - DONE!
18. Kek pengantin (DoNe!)
19. Tukang Masak Makanan Meja Makan Damai
20. Makanan Meja Makan Damai
21. PA system
22. Photographer (DoNe!)
23. Kompang
24. Door Gift- Untuk semua tetamu (approx)
25. Door Gift – Untuk kiddies (approx )
26. Door Gift- Untuk kiriman jemputan tak dapat hadir (approx )
27. Door Gift –VIP (approx)
28. Outdoor - Keesokan hari


8. LAIN-LAIN

1. Kad kawen (DoNe!) - Edarkan (in process)
2. Banting
3. Set Katil - Johor (DoNe!) - Kedah
4. Cadar - Johor (DoNe!) - Kedah
5. Langsir - Johor (DoNe!-putih) - Kedah
6. Wedding songs – pilih lagu untuk majlis
7. Accomodation - Johor (in process) - Kedah (DoNe!)
8. Dulang hantaran

HaTiKu LeGa

Harini aku berjumpa dgn timb dekan teknoputra. Hj Mazlan, bekas engineer di Panasonic. Seorg yg hebat pada pandangan mata aku. Hmmm, dua org anak dia sma sekolah ngan adik aku yg kat sains mersing tue. Anak dia yg sulung amik result spm semalam dpt straigt A.

Hmm, aku tnya dia, En Mazlan, wife En Mazlan keje tak.. dia ckp tak keje. Dlu sblum ada anak dia keje lah. Pas ada anak dia tak keje dah. Aku tnya dia, betul ker klu husband n wife sibuk anak2 terabai, tak cemerlang dlm pelajaran. Dia kata, taklah... tgk individu juga. Tapi, adik beradik sya yg husband n wife keje, bnyk sgt perbalahan asik gaduh smpai nak bercerai berai. masa diorg ngan family takder, hubungan pun renggang. pastue ada adik sya sorg nie asik bergaduh, wife sya suruh wife dia benti keje. sekarang nie dah ok sgt diorg tue...

Dia ckp lagi, bincanglah tgk tujuan perkahwinan apa. Mcm saya, saya dah set fokus pada anak2. Bukan senang nak urus rumahtangga. berat juga, saya tak amik penah amik maid. sumer isteri sya yg uruskan. anak2 bla balik umah, sumer dah prepared. saya bila balik umah sume dah tersedia. yer, anak2 en mazlan wpun masih di alam persekolahan dah nampak sket2 bait2 kejayaan itu.

Aku ckp, En Mazlan, utk msa depan saya nak kejar cita2 saya, klu leh saya tak nak jadi surirumah. tapi utk sekarang nie, bgi en mazlan saya nak resign ke terus keje kat sini? en mazlan kata, resign. jgn dgr sgt ckp org. u kena tgk kehendak husband camner. ada lelaki yg nak wife dia dpan mata, ada lelaki yg tak kisah. Ada lelaki yg dia perlukan wife bekerja utk support dia, jadinyer dia kurang amik hati bla wife taker masa n takder perhatian. tapi, klu mcm saya nie hidup bersederhana jerlah. bkn nak kaya sgt. yer, aku setuju dgn kenyataan tue.. aku bkn nak kaya sgt, sederhana saje sudah mencukupi.

Sebelum jumpa ngan en mazlan nie, en amran (head of quality engineering) jumpa aku tnya. aku ckp ngan dia, jgn tnya aku psal nak benti keje. aku tension. dia ckp, kitorg (kitorg nie head2 kat mitec nie lah, diorg bermeeting kot) sumer pelik. dlam situasi sekarang nie, kitorg nampak antara awak ngan tunang, tunang yg lebih flexi leh pindah mna2. nape dia nak korbankan kerjaya awk. aku ckp kat en amran, nie bukan kerjaya sya. kerjaya saya dgn suami sya, saya nak mengejar cita2 dgn restu dan dorongan suami. sya tak rsa tunang sya mementingkan diri sendiri sebab dia sendiri pun tak duduk kat kedah. dia sanggup tinggalkan family dia, nape saya tak sanggup. dia berpindah ke tmpat idaman sya utk tinggal, nape saya tak mik peluang nie... sya tau dia dah fikir pnjang. n bla saya rasional2 balik, saya kagum ngan apa yg dia fikirkan n saya setuju ngan segala pendapat dia walau dia tak ckp. dia tak halang saya berkarier tapi bersama2 ngan dia. yer, saya nak bersusah senang bersama ngan dia. saya nak mengejar cita2 pun di depan mata dia...

Hmmm... begitulah keadaannya. bla org tnya lagi kat ofis, aku hnya masuk telinga kanan kuar telinga kiri. aku tau lah mereka2 tue sumer lebih tua dari aku n lebih bnyk mkn garam. tapi, sekarang nie aku serahkan sumenyer pada ALLAH. ya ALLAH, berkatilah dan permudahkanlah urusan kami ini. satukanlah hati kami utk mendapat redhaMU amin..

Thursday, March 11, 2010

CoNfEsSiOn Of LiFe

Harini aku kurang keletihan sket walaupun mengajar 5 jam, Harini dpt kerja baru dari CQA, ltih maaa.... Hmm, kat sini aku nak menceritakan dilema aku utk resign dari uniKL nie... Rentetan nyer bermula dari.....

1. Januari : Aku sgt tertekan berada di Uni nie. Aku ckp kat tunang aku, aku nak resign. Tapi tunang aku ckp cari kerja dlu. Masa tue aku dah betul2 tekad utk berhenti. Bagi aku, insyaALLAH rezeki ada dimana2.
Yg penting aku dkat ngan husband aku dan yg paling penting aku kuar dari kepompong Uni. Tunang aku ckp, susah nak dpt keje sekarang. Aku fikir, betul gak. Camner aku nak dpt keje klu aku tak tau syarikat apa yg ada kat CH tue etc. Kebimbangan tue membuat aku sedikit tawar hati utk berkerja.

2. Pertengahan Feb : Ada perbalahan antara aku ngan tunang aku. Tunang aku suh resign dan duduk ngan dia. Aku rasa gembira yg amat sgt. Bagai bulan jatuh ke riba. Sejurus kemudian aku baru tersedar camner aku nak keje. Aku mula membuka2 laman web pekerjaan utk mencari klu2 ada kerja. Aku mohon KPLI n SPA. Apa yg ada dalam pemikiran aku masa tue, aku nak sambung belajar kat ukm.

3. 18 Feb : Aku jumpa dekan ckp aku nak benti. Aku citer kan kat dia, kami kena duk dekat takleh duk jauh sebab sik gaduh jer. Aku ckp kat dekan, nanti bakal husband nak sambung belajar etc susah nak pindah sini. Aku ckp kat dekan aku, aku pun nak sambung belajar kat ukm. Dekan aku senyum jer... dia ckp we'll see lah nanti.

4. 19 Feb : Ckp kat sepul (lecturer) yg syorkan aku utk smbung belajar kos Quality kat ukm. dia ckp jgn benti, tapi transfer (cwgn uni nie kat KL lah klu nak transfer pun. Paling dekat ngan CH adalah Lumut. Tapi still xleh duk ngan husband). Bagi aku bukan senang proses transfer, makan masa juga. Ditambah lagi dekan aku ckp, dia ckp, dlm uni nie dia tak suka org transfer2. klu nak transfer benti terus. Bitau kak Hawa, kak Hawa ckp jgn benti tapi transfer.

Pastu pada hari yg sama aku borak ngan En Zek (senior lecturer yg dah berumur 47thn). Dia ckp, klu pindah KL still tak memenuhi fitrah tempat seorg isteri disisi suami. Dia ckp, keruntuhan akhlak n masalah sosial sekarang nie disebabkan oleh kesibukan ibubapa berkerja. Dia mencadangkan aku menjadi surirumah . Dia ckp, tugas mencari rezeki adalah tugas suami n tugas mendidik adalah tugas isteri. So, bla kita tak ikuti guideline tue, maka berlakulah permasalahan sosial dan kurang perhatian. Aku ckp "En Zek bleh jer duk jauh2 (isteri dia kat KL. En Zek tgh wat phD kat sini). En Zek ckp, dlm hati sape tau. tak tenteram. Lepas sya abis phD, saya akan pindah KL. Saya dah lama makan garam. Saya tgk, anak2 yg kedua ibubapanya berkerja, mereka kurang perhatian dimana kebiasaannya mereka menjadi insan yg kurang cemerlang. Klu mereka cemerlang pun, tapi mereka still kurang perhatian. Klu perempuan jadi cikgu kira ok lagi coz msa leh spend kat anak2. En Zek ckp lagi, kebiasaannya dalam berpasangan, seseorg yg hebat, pasangan nya biasa2 saje. Andainya si suami menjadi seorg yg hebat suatu hari nanti, isterinya yg mendorong. In addition benda2 tue disebabkan oleh 'less worry' suami tue kerana isteri tidak bekerja. Aku tak tau lah sejauh mana kebenaran kata2 nie. Aku tak smpai lagi tahap kunyah n menelan2 kata2 en zek tue. aku nak mengejar cita2 aku.

21 Feb : Aku pi Sg Buloh umah mak long. Kat situ aku ckp kat mak aku, aku nak resign nak ikut tunang aku. Mak aku ckp, transfer lah. Jgn resign. Aku ckp lah kat mak aku, still aku duk jauh ngan tunang. Mak aku ckp, bincanglah elok2 ngan tunang klu dia bleh pindah mana2 ker yg dkat ngan uni aku cwgn lain. mak aku ckp, dia pun dlu jauh ngan suami. Yer, smpai aku dah besar pun ayah aku balik 3 kali seminggu ke rumah serkat sebab bekerja di JB. Sebab tue tak berapa rapat ngan ayah. Aku ckp kat mak aku, mak... insyaALLAH rezeki ada dimana2. Mak aku ckp, klu dah kta mcm tue, teruskan ajelah.. Periuk nasi akak... Hmmm, aku mula goyah bla mak ckp camtue.

23 Feb : Tetiba exec HR aku nak resign. Dia dah tension yg terlampau kat uni nie. Dia bagi sokongan kat aku. Dia ckp, fikir utk diri sendiri. Selama nie bnyk kita korbankan utk uni nie tapi takder org hargai. Kita kena fikir utk diri sendiri, bukan kerja separuh mati. Exec HR aku akan benti pada bulan 4 nie.

25 Feb : Borak ngan Timb Dekan aku. Dia tnya aku pasal nak benti keje. Dia ckp, dia pun dah nak benti. Cumanyer dia suh aku transfer. Aku ckplah, klu transfer jumpa gak org2 yg aku kenal. Pastue dia nak tolong aku dptkan keje kat GMI (German Malaysian Institute) kat Bangi. Adeh, still kal KL lah... Uni aku nie bertambah kucar kacir. Sumer org nak benti. Aku ingat aku sorg. Housemate aku pun sumer nak benti. Dan harini sorg lagi officer finance akn benti kerana mendapat tawaran JPA.

p/s : Masa aku tgh tulis surat resign, Kak Hana (bekas Timb Pengarah YPJ) ckp kat aku, cari keje dlu sebelum benti. Adeh... Dan bnyk lagi lah pendapat2 org yg dah tau aku nak benti nie. mcm2 diorg ckp. Aku pun nek pening.

9 Mac : Aku menghantar surat resign pada dekan aku. Lega yg teramat. Apa yg ada kat dlm pemikiran aku, aku perlu rest kan minda aku. Kerja yg melampau2 membuat aku sgt lelah. Nie aku tgh struggle utk membuat documentation QA... waaa, aku seperti tak sempat nak fikir pasal kawen. nak balik umah hujung minggu pun mcm tak sempat. Bnyk dateline yg kena kejar dgn program yg mcm2 dan kelas yg berlambak2 dan penandaan kertas yg berlambak2.

10 Mac : Dekan aku ckp kat aku disaksikan oleh Head of Section aku. Dia ckp klu dia tak nak bagi aku benti mcm mana. Dia kata dia leh tolong aku uruskan aku dgn meminta pertolongan org2 atasan. Yelah, klu aku blah, sape nak sambung kerja QA aku yg mcm org nak mampus buat nie... Cwgn2 lain, coordinator QA dia hanya 5 jam mengajar seminggu. Ada dua org officer, dua org clerk ngan 12 org lecturer yg menolong mereka. Aku?? Habuk pun takder. QA exec yg dijanjikan pada bulan Jan tak muncul2. Dokumen kena submit bulan 7. Sempat kah aku fikir pasal perkahwinan aku? Sape nak ganti aku mengajar math. Univ aku nie memerlukan 4 lecturer math. tapi until now, aku sorg lect math. bleh bayangkan tak betapa nak pengsannya aku mengajar? Dgn perangai student yg mcm2 n pelik2. Dan... itulah perkara yg selalu diargue oleh tunang aku. Penat berfikir tak sama ngan penat berkerja. N penat lelaki tak sama ngan penat pompuan. Sedangkan sumer org kat ofis kesian kat aku yg bekerja mcm nak mati. Nape tunang aku tak sian kat aku? Luahan perasaan lah plak...

Hmmm... Aku mcm nekad jer nak benti. Bagilah kata2 semanis gula pun... Aku takleh hadap kerja mcm org nak mati. Aku sgt teruja utk tinggal di CH. Idaman aku, impian aku... Aku nak rehatkan minda. Aku nak restructure blik life aku. Aku nak mulakan kehidupan baru, sumenyer baru. Life dgn org baru, ngan kerja baru, ngan azam baru... Aku sgt memerlukan sokongan dari bakal suami aku. Sokongan mental dan fizikal... Dalam masa yg sama, aku berasa sgt kasihan kepada tunang aku kerana aku akan membebankan dia...

Tuesday, February 23, 2010

~23 FeB 2010~

Malam tadi aku tersangat lah tensionnyer. Aku nyer broadband dah takleh detect kat laptop aku. Ini adalah gara2 aku mencucuk laptop aku ngan broadband room mate aku kerana dia nyer broadband takleh detect. aku ingat nak try kat aku nyer laptop. lepas kuarkan dia nyer broadband laptop aku kuar warning serious error dan recover. nasib baik pastue leh buka lik leptop aku. selepas itu aku memasukkan broadband di dalam laptop aku, tetiba takleh nak detect. tension overboard betul. aku try nak sms tunang aku tapi takleh sebab aku nyer simkad maxis mana tah aku letak. almaklumlah aku nyer henfon dah masuk bengkel. so aku kena guna satu henfon jer... simkad celcom plak takder kredit langsung. hai, malang sungguh. tension sampai aku sakit pale n terus tido.

Harinie aku bawa broadband ke ofis. broadband aku dpt detect kat ofis. betullah ia masalah laptop. adoyai... tension sungguh. pagi tadi herman dtg tmpat aku. dia baru blik dari umah mak angkat dia kat merbok. herman kata anak mak angkat dia tue guna pakej romzy yg 1500 tue. pastue masa pasang pelamin tue, mmg tersangatlah buruk, sampaikan mak angkat dia suruh buka. kejadian tue berlaku 2 hari sebelum kejadian. so, mak angkat dia ambil bridal lain dalam masa 2 hari tue... herman ckp, bilik tidur yg dia buat pun buruk giler. adeh, lemahnyer semangat aku. seharian aku takder mood. aku tepon kak ja thari tadi ckp kat kak ja ttg hal tue. kak ja ckp jgn risau nanti kita ckp kat romzy tue betul2... ya ALLAH berilah aku ketenangan. Hmmm, aku kat ofis lagi waktu nie. aku dah nak balik, alhamdulillah harini henfon aku dah sihat, leh diambil di tesco. harap2 masa balik nanti aku dptlah menginstall balik aku nye broadband nie guna cd yg diberi...

Sunday, February 21, 2010

~21 FeB 2010~

Harini pukul 9 aku nak hntar adik aku yg bongsu, Ifah ngan dua lagi kwannya ke bus stand larkin. Diorg akan naik bas utk ke Sains Mersing. Pas hntar Ifah jer aku terus lik Pasir Gudang. Aku nak singgah Tesco utk baiki handset aku... Hmmm kepada insan tersayang, jgn rindu kat za tau uhuk..

~ASB NaK aMiK kE tAk?~

Hmmm... Ayah aku ckp, kena menyimpan dari sekarang. So, ayah aku offer utk aku amik loan ASB yg berharga RM100K. Tiap2 bulan byar RM601. Utk tahun pertama ayah aku bayarkan dlu. Hmm, aku rsa mcm ok sbab betul gak ayah aku ckp, dividennyer lagi bnyk dari bayaran. Tahun hdapan, leh kuarkan dividen yg dpat. Besenyer dividen ASB 8-9%. Masuk bonus aku tak tau r brp. So, atleast duit dividen 8K. Ansuran rm601 tiap bulan berjumpal RM7212. Masih ada baki di dlm akaun. Itu kalau aku guna duit deposit tuelah. Kalau aku tak kuarkan dan still guna duit gaji, maka akan bertambah lah dividen tue... Aku fikir bagus gak sebab kit atak tau apa terjadi pada masa hadapan. Cumanyer yg menjadi permasalahan, aku dgr ASB nie ada syak dlam proses sahamnyer. So, pasnie aku nak analisis lah ASB nie. Kalau duit dividen tue syubhah, leh ker aku guna duit dividen tue utk membeli brg2 yg bukan makanan supaya tak jadi darah daging?? Aku rasa unit trust lagi secure. Duit aku kat dlam unit trust pun ada 10K tak kuar lagi sbb nak tunggu declare dividen pada Mei nie. Hmmm, takperlah pape pun sediakan payung sebelum hujan....

Friday, February 19, 2010

~SoUvEnIr~

Pasal souvenir nie, aku telah membuat servey ttg harga bekas telur plastik. Agak menariklah bagi aku. Sebab pasnie pun org leh guna bekas tue... Ok, kat sini ada dia nyer gmbr.

Ni harga dia RM0.25 sebiji. Ada tulis terima kasih atas dia

Ni harga dia RM0.30 sebiji.


Nie harga dia RM0.35 sebiji.

Semua barang2 plastik tue kebaikan nyer adalah ia bleh digunakan lagi utk isi barang2 kecil. pastue klu letak ribben sket pun cantik. Tapi mama aku ckp, maknah suh bagi sumer org nasi utk souvenir tue. Mama aku mcm nak guna beg kain mcm beg coklat sbelum nie, sumer org dpt beg tue. Dlam dia isi sumi ngan bahulu mcm contoh dibawah nie. Tapi bahulu tue mama aku ckp nak isi bnyklah dlm plastik. dlam 10biji. pastue dlm beg tue juga sumer org akan dpt nasi yg diletak dlam bekas bulat (mcm org letak taufu fa tue). Utk org yg dtg dari jauh, tambahan bagi bunga telur dan nasi dlam bekas 4 segi yg besar sket yg ada 2 bahagian tue... Hmmm, aku mcm nak letak keropok mcm dlm contoh di bawah nie, tapi mama aku mcm taknak. Pastue mama aku ckp sumer bebudak dpt sumi mcm cth dibawah nie. Memula aku ckp bagilah bebudak plastik bunga2 mcm ada dlm posting sblum nie n dlam tue ltak jajan. Mama aku ckp nanti sepah2 sgt. klu sumo tue at least satu jer dia sepah. Bagi aku, bagus gak sumer dpt beg, sebab dihari kejadian, mana tau nak tmbah apa2 masuk jer dlm beg tue...


Nie sumi dlam bekas. Bekas nie murah jer


Nie cth bahulu


Nie contoh keropok

~RoMbOnGaN pOnTiAn - AlOr SeTaR~

Ayah telah menyiapkan tentatif utk ke Alor Setar. Sepatutnyer ayah nak pi sehari lagi awal tapi mama aku ckp awal sgt. Org ada bnyk keje len. Mama aku nak pi bertolak petang khamis kira tido dlam bas. Tapi ayah ckp, org yg tua2 mesti nak rehat sepenuhnyer. So, ayah ckp perjalanan tue rancangan dia tapi tertakluk kepada permintaan rmai. Mereka akan menaiki bas sekolah yg baru, kiranyer selesa dan beraircondlah. Cousin aku akan bergilir2 membawa bas tue... Aritu aku ckp kat ayah homestay kat alor setar dah penuh smpai bulan 8 (sumber dari tunang aku). So, ayah aku bertnyakan kawan2 nyer yg berada di Alor Setar. Homestay yg Kg Ganding tue kawan dia lah yg dptkan.. So, settle satu perkara alhamdulillah.

17/06/2010 (Khamis)
  1. 6 a.m - Perjalanan Serkat - Alor Setar
  2. 6 p.m - ke homestay (Kg Ganding)

18/06/2010 (Jumaat)
  1. 8 a.m - sarapan
  2. 9 a.m - ke Arau, Padang Besar
  3. 4 p.m - homestay Kg Ganding

19/06/2010 (Sabtu)
  1. 8 a.m - sarapan
  2. 9 a.m - Pekan Rabu
  3. 12 p.m - homestay
  4. 2 p.m - rumah pengantin

Wednesday, February 17, 2010

~KoS pErBeLaNjAaN~

Kos Perbelanjaan setakat 17/02/2010

Item

Harga

Status

Bridal Kedah

2500

Settle - MFS

Bridal Johor

3300

Deposit RM500 - NZ

Photographer Kedah

Photographer Johor

1400

2000

RM400 - NZ

RM 300 - NZ

Kad Org Bdr (uhuk)

1600

Settle - MFS

Kad Org Kg

300

Settle - NZ

Dulang Hantaran (Tarqouis)

Dulang Hnataran (Merah)

267.20

282.60

Settle

JUMLAH

RM 11,649.80

Wwwhhhaaattt?!?!?!

Sadaqallah

~PhOtOgRaPhEr~

Alhamdulillah... Lagi satu perkara telah selesai. Aku tertarik dgn gmbr yg diambil oleh teman mayaku Ustaz Firdaus. Actually aku takder lah suka sgt hasil kerja dia. Cuma aku terfikir, mcm tak bes wat dua storybook tapi baju nyer cuma satu atau dua. Kalau bnyk2 baju, cantiklah sket. so aku fikir klu mik sorg jer fotografer utk kedua2 majlis mcm lagi bes kot. Hmmm, pastue aku pun bertnya lah kepada Ustaz.. At first, aku mmg dah tak nak amik sebab aku rsa mcm mahal sgt. Lepas bincang2, tunang aku bersetuju utk mengambil Pakej A dan Pakej C. Kelebihan Pakej A cuma pada custom album. Ustaz dah ckp custom album tue letak outdoor kedua2 belah tempat. Alhamdulillah aku sgt berpuas hati dgn keputusan tunang tersayang.


Pakej A

Pakej C

RM 2600

RM1500

1 Mock-up 4R Black Sticky Album 13’x13’ (120 images)

1 Mock-up 4R Black Sticky Album 13’x13’ (120 images)

1 DVD (All images)

1 DVD (All images)

Unlimited hours coverage

Unlimited hours coverage

Free outdoor Shooting (Portraiture)

Free outdoor Shooting (Portraiture)

Free Couple Name in Arabic Calligraphy

Free Couple Name in Arabic Calligraphy

1 story album 10’x15’ (22 pages fully design

Monday, February 15, 2010

~KuRnIaN yG x T'nILaI~

Benarlah firmanNYA. ”Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat akan kebesaran Allah”. (ad – Dzariyaat : 49) . Ya, semoga perhubungan ini akan lebih mendekatkan diri ini kepadaMU. Sebelum ini, segala keputusan yg aku buat adalah keputusan yg dtg dari diriku sendiri. Ayah n ibuku memberi sepenuh kepercayaan pada aku utk rancang kehidupan aku n membuat apa2 keputusan utk diriku sendiri. Walaupun selama ini, aku rsa mcm aku leh wat sumer benda sendiri, aku rsa aku leh wat keputusan sendiri.

Maha Besar ALLAH Yg Maha Mengetahui segala sesuatu... Aku mmg HambaMU yg lemah. KAU lebih tahu mana yg terbaik utkku. Kau mengurniakan aku seorg lelaki yg begitu sempurna pada pandangan mataku, utkku mengharungi mehnah dunia ini. Aku telah mula menyedari aku begitu memerlukan seseorg dlm membuat keputusan dan utk berbincang. Aku telahpun berhijrah dari perangai lamaku dimana aku akan bertnya pada 'dia' utk membuat sesuatu keputusan. Bukan disebabkan dia suamiku, maka aku wajib bertnyakan keputusannya (utk masa sekarang). Tetapi, aku mmg sgt2 memerlukan keputusan dia, Alhamdulillah aku sgt berpuas hati ngan segala keputusannya. Aku realize aku sgt ingin bergantung padanya semasa dia dtg JB. Hmmm Alhamdulillah, terima kasih ya ALLAH kerana kurniaan yg tak terhingga ini.

~PlAnNeR 2~

Aku akan editkan apa2 plan nie pada ~PlAnNeR~ 1st edition. Cumanyer kat 1st ed. tue dah bnyk sgt, so update kat sini lagi nmpk. Master plan nyer di 1st ed. ek.. Utk harini aku sgt gembira kerana settle lagi satu urusan aku iaitu barang2 hntaran. Terima kasih yg tak terhingga utk tunang tersayang. Penambahan planner :-

  • Cadar - oleh kerana kedua2 belah tmpat tak menyediakan cadar pengantin, maka aku bercadang utk membeli cadar pengantin. Aku taknak cadar yg berkilat2 tue... Nak cadar off-white. Aku nak tgk bla offer aku nak bli. Budget utk cadar nie RM300. Kat Jusco pun ada. Bila J-Card day, murah... So, aku harap cadar nie leh r digunakan utk bilik pengantin di kedua2 belah tmpat.
  • Pengapit - Utk belah Johor, perempuannya aku dah nego ngan anak buah aku, Ayu. Pengapit lelakinya adalah member tunang aku. Andainya member dia takleh, aku nego ngan anak buah aku lagi sorg, Ail. Utk belah lelaki, aku tak pasti sape yg akan jadi pengapit. Andai kata tunang aku takder member yg leh dijadikan pengapit, aku ingat nak minta kak Dayo yg tinggal di Sungai Petani. Pape, ti aku tnya kat tunang aku.

Senarai hantaran


Memandangkan tunang aku nak buat hantaran yg eksklusif, jadi bilangan dulangnya terpaksa dikurangkan untuk memuatkan semua hantaran dalam budget. Uhuk. Dari 11 dulang berbalas 13, dikurangkan menjadi 9 dulang berbalas 11 dulang. Still considered byk gak tu, tp kalo dikurangkan lagi alamat barang-barang yg dibeli tu tak masuk list la. So, finalnye bilangan dulang hantaran kami adalah 9 dulang dari lelaki berbalas 11 dulang dari perempuan.

Dan memandangkan jugak kepada hantaran bertunang kami 7 berbalas 9 yg banyak makanan, maka untuk dulang hantaran nikah ni aku decided sendiri-sendiri je untuk tidak memasukkan makanan ke dalam senarai. Nasi kenduri dah ade. Sirih pun bleh makan gak ape? Haha. So, berikut adalah senarai barang-barang yg terpilih untuk menyertai hantaran kami iaitu:

Daripada Lelaki Kepada Perempuan:
Jumlah Dulang: 9
Tema warna: Turqouise dan putih

  1. al-Quran: Ini adalah sebenarnya mahar. Tetapi akan dibincangkan sekali lagi sekiranya mahar wang akan ditukarkan kepada mahar al-Quran. Jika menggunakan mahar wang, al-Quran ini tetap ada sbg hantaran pertama dan diletakkan dalam dulang yg sama bersama mahar wang.
  2. Sirih junjung: Ini sebagai meraikan adat masyarakat Melayu Negeri Kedah (negeri aku.. bangga woo) yg mana pihak lelaki yg bertanggungjawab memberikan sirih junjung.
  3. Cincin nikah & Wang hantaran RM 10101.01. Perbincangan awal menetapkan cincin ini dari emas putih.
  4. Telekung dan sejadah
  5. Peralatan solek
  6. Minyak wangi
  7. Beg tangan
  8. Kasut
  9. Jam


Dari pihak Perempuan kepada Lelaki
Jumlah Dulang: 11
Tema warna:
Merah dan putih

  1. al-Quran: Sebagai membalas hantaran mahar al-Quran dari pihak lelaki
  2. Sirih adat: Sirih adat diberi bagi membalas sirih junjung pihak lelaki.(Aku tak tau la ada ke tak sebelah perempuan bagi sirih; sebab tempat aku hanya lelaki yg bawa sirih.. Kalo takde ni kire melanggar adat le kot.. hahaha)
  3. Cincin nikah: Memandangkan cincin pihak perempuan dari emas putih, cincin pihak lelaki pula dari perak tulen agar warnanya sama putih.
  4. Baju kemeja dan tali leher
  5. Set mandian
  6. Minyak wangi
  7. Buku
  8. Kasut
  9. Jam
  10. Dompet dan Talipinggang
  11. Komputer riba

Sekian, terima kasih. Setuju? hehe..



Sunday, February 14, 2010

~BeG sOuVeNiR~

Aku dah bincang ngan mama aku. Ok juga plan nie... Apa yg kitorg plan adalah, utk sumer kanak2, kami akan bagi beg mcm nie berisi alat tulis. Alat tulis kat mydin tersangatlah murahnyer... Nanti aku akan servey. Aku budget, sorg dpt alatulis dlm rm0.50. Budget utk 1k budak, so budgetnyer rm500. Kalau tak alatulis nie, beli jajan utk mereka.



Beg mcm nie harganyer 35sen satu. Mama ckp, sumer org dpt beg nie. Taknak ada yg kecik hati. So, utk setakat ini, perancangan utk isi dalam beg ini adalah telur dan bahulu. Mungkin akan beli kotak souvenir yg rm0.60 tue utk diisi didalamnya. Utk org dewasa nie, budget utk seorg rm1.00. So kalau 1K, budgetnyer 1000.

p/s : Budget utk souvenir nie kami anggarkan RM2k. Nie anggaran awal, so nanti bulan 5 bla dah tetap sumer, baru beli brg. Utk di Kedah, aku rsa souvenir nie, eloklah klu aku belikan. Nanti leh angkut lik Kedah lepas majlis di Johor.

~SoUvEnIr~

Semalam aku pi Ayer Hitam ngan mama n ayah aku tgk2 brg. Aku rasa ok lah juga barang2 kat sini. Antara barang2 yg aku tgk adalah :



Berharga RM1.00 per pax


Berharga RM1.30 per pax




Berharga RM1.00 per pax


Berharga RM0.60 per pax


Berharga RM1.30 per pax (mama aku nak yg nie). Kalau beli 1k leh dpt RM1 per pax. Besar juga kotak nie. dalam dia pun cantik. Mama ckp beli 1k jer, budak2 bagi jajan..

Tuesday, February 9, 2010

~ZeRo~

Hmmm... Harini aku rasa sgt2 sedih. Aku dah takleh handle kesedihan aku... Kenangan2 lama mengganggu mindaku.. Sukarnyer mencapai bahagia... Pasti segalanya berhikmah. Semoga aku bisa mentarbiyah diri ini menjadi hamba yg taat pada perintahMU..

Terkadang aku rsa lelah, terkadang aku sendiri tak pasti apa yg aku mahu dlm hidupku. Aku tertanya2, mengapakah tempoh pertunangan ini tidak kami gunakan sebaik mungkin utk perkara2 yg lebih berfaedah. Ya ALLAH, ampunkanlah hambaMU ini. Aku rasa sgt lelah, aku rasa sgt sedih dan pelbagai perasaan yg aku rsakan sehingga aku pun tak mengerti apakah perasaan itu...

Sunday, February 7, 2010

~PeLaMiN~

Masa aku lik umah hujung minggu baru nie, mama aku ckp ada cikgu kat sekolah dia punya pelamin cantik. Mama aku siap letak dlm pendrive dia lagi gmbr pelamin cikgu tue... Tunjuk kat aku ngan harapan aku nyer pelamin pun terkini gak (agaknyer lah tue harapan dia uhuk). Sib baik lah pelamin kitorg ala2 mcm nie sket. Time kasih kepada tunang tersayang kerana membuat keputusan yg sgt bijak...






Hmm... Aku sgt terkilan kerana tidak mengambil gmbar pelamin di Adli Bridal tue... So, aku attach kan gmbr di Romzy yg aku dpt tangkap utk pelamin di Kedah...


Aku sgt suka bilik tido dia. Pelamin dia pun cantik lain dari yg lain, tapi tetiba aku rsa mcm pendek plak pelamin nie...

Friday, February 5, 2010

~5 FeB 2010~

Harini ada seminar SLT kat campus... Petang tue aku ingat nak lik lmbt ngan kak tip sebab bnyk sgt keje kat ofis. Tapi Suzi plak dtg tnya pasal nak pajak gelang kat mana. Aku pun bukannyer tau sgt. Tepon dyat, dyat ckp kt kompleks pusat bandar ada pusat ar-Rahnu J-corp punya... So, kul 530 kami pun berangkat ke sana...

Pi spusat bandar ngan kak iza (Admin exec). Pastue borak2 dari kul 6 smpailah maghrib, aku bersolat di surau, mereka yg tak solat tue stil borak lagi. Balik dari solat maghrib, borak lagi... pastue dah nak dkat kul 9, cousin aku call minta tolong jaga anak2 dia, dia ada emergency. Aku pun pi umah dia jagakan anak dia...


Aku terasa ingin berborak2 ngan tunangku.. Tapi dia bz plak kemas bilik. Takperlah, aku tak nak ganggu dia... Kat dunia nie, tak sumer keinginan kita akan tercapai... Semoga ALLAH memberi kesabaran tak berbelah bagi dlm jiwa ini.. Amin.

Hmmm... Sepatutnyer harini aku lik kampung. Rindu kat mama aku. Tapi bla memikirkan aku teringin sgt berborak ngan tunangku, aku tak jadi blik kg sbb kat kg line slow. Harini mmg aku tak dpt mengawal kesedihanku, so aku rasa esok better aku lik kg. Biarlah apa nak jadi, aku dah try utk memperbaiki keadaan, tapi tak berjaya... Setiap tindakan yg aku lakukan kelihatan sumbang sama sekali. Aku sudah tawar hati...

Bersaksikan keheningan malam pada malam ini... Aku sudah tawar hati utk berchatting. Chatting tidak selamanya mendatangkan kebahagian seperti dahulu, malahan ia menyebabkan perbalahan dan melukakan hati. Aku akan menutup facebook ku utk selama2nya. Sekian dlu utk kali ini. Hati ini sgt terluka dan tiada ubat yg bisa menyembuhkannya. Maafkan diri ini yg sering melukakan.

~Planner~

1. Tarikh (Finish)
  • 12 Jun 2010 (umah pengantin pompuan. Nikah pada malam 11 Jun)
  • 19 June 2010 (Rumah pengantin lelaki)

2. Bridal Kedah (April)
  • Akan disettlekan pada bulan April.
  • Planning - Baju tarqouis, Pelamin n bilik tido Pagola.

3. Bridal Johor (Finish)
  • Akan pergi fitting pada bulan Mei (baju pengantin pompuan & Baju Nikah)
  • Baju warna merah hitam
  • Pelamin ada sarang burung

4. Kad Kahwin (Finish)
  • Kad kahwin exclusive (order pada 13.02.2010), beriben coklat
  • Kad kahwin budget order pada 17.02.2010.

5. Door Gift (May)
  • Beg beli di Ayer Hitam utk kedua2 belah pihak
  • Tempat telur dlm consider
  • Ni bleh settle April rsanyer

6. Dokumen Perkahwinan (April)
  • Akan disettlekan selepas tunangku mnghadiri kursus kawen
  • Target siap akhir bulan April

7. Dulang Hantaran (May)
  • Hantaran aku akan pastikan siap pertengahan May
  • Aku akan cari beberapa hantaran yg sgt menarik perhatianku, biar simple tapi nampak exclusive. Hantaran yg telah kami persetujui ialah :
  • Kak Dayo akan dtg pda bulan Mac utk membuat hntaran

No

Utk Lelaki (turqouis + putih)

Utk Perempuan (merah + putih)

1

Al-Quran

Al-Quran

2

Sirih Adat

Sirih Junjung

3

Cincin

Cincin nikah

4

Baju + Tie

Telekung + Sejadah

5

Set mandian

Make up

6

Minyak Wangi

Minyak Wangi

7

Buku

Beg Tangan

8

Kasut

Kasut

9

Jam

Jam

10

Purse & Talipinggang

11

Laptop




8. Duit Hantaran
  • Duit hantaran nie aku tak nak masuk campur. Nie biar family yg settlekan...


9. Makanan (May)
  • Kedua2 belah akan diuruskan oleh family. Apa2 update dari family akan kami updatekan disini.

10. Other matters
  • Perjalanan - Keluarga dari Johor akan datang ke Kedah pada petang 17 June. 18 June mereka akan berjalan2 disana (xtau apa plan diorg). Pastue malam 18 June tue tido di homestay kat Kampung Ganding. Ayah tempah 2 biji homestay. Selepas majlis keesokan harinya diorg terus lik Johor.
  • Baju - Mama ckp, suruh belikan baju utk family aku ngan makcik2 aku. Warna merah plain ngan kain mcm batik2. Utk cousin2 tak yah lah. Tapi tadi pi umah maknak diorg ckp diorg nak pkai baju sama gak. Means warna sama n tudung hitam. Aku dgrkan ajelah, diorg dah semangat, aku ikut jerlah uhuk... So, baju utk family aku nie, aku nak beli pada akhir bulan nie. Servey dlu

  • Cadar - oleh kerana kedua2 belah tmpat tak menyediakan cadar pengantin, maka aku bercadang utk membeli cadar pengantin. Aku taknak cadar yg berkilat2 tue... Nak cadar off-white. Aku nak tgk bla offer aku nak bli. Budget utk cadar nie RM300. Kat Jusco pun ada. Bila J-Card day, murah... So, aku harap cadar nie leh r digunakan utk bilik pengantin di kedua2 belah tempat.

  • Pengapit - Utk belah Johor, perempuannya aku dah nego ngan anak buah aku, Ayu. Pengapit lelakinya adalah member tunang aku. Andainya member dia takleh, aku nego ngan anak buah aku lagi sorg, Ail. Utk belah lelaki, aku tak pasti sape yg akan jadi pengapit. Andai kata tunang aku takder member yg leh dijadikan pengapit, aku ingat nak minta kak Dayo yg tinggal di Sungai Petani. Pape, ti aku tnya kat tunang aku.
p/s : Sekian dlu utk kali ini, apa2 update, aku akan informkan. Ya ALLAH, permudahkan lah urusan kami ini ya ALLAH.... Amin. Kepada tunang tersayang :- I LOVE U.